MASA DEPAN RUMAH MADANI UTUH SELAGI DUA TIANGNYA TEGAK


MSO


Wujud kebimbangan di kalangan sesetengah pihak tentang kedudukan kerajaan Madani. Walaupun projek tebuk atap telah gagal berkali kali, namun phobia mengenai itu tetap belum hilang. 


Tidak mudah untuk membuang phobia berkenaan selagi orang orang menjadi dalang atau arkited projek itu masih aktif dan bernyawa. Apakah kalau mereka sudah tiada pobia ini akan hilang. Tidak juga sebab syaitan sudah bersumpah akan menggoda anak Adam sampai ke hari kiamat. Syaitan memohnyai zuriat sama seperti manusia. Mereka yang membenci dan mendendami Anwar mepusakai perngai itu.


Cuma saya hendak katakan begini sahaja, sebagai untuk dijadikan penawar kepada mereka yang membimbang dengan keutuhan kerajaan Madani ini. Kerajaan ini ditegak dengan dua tiang yang membina beberapa serambi. Selagi dua tiang ini tegak ia tidak akan tergugat, maka rumah Madani ini yang berserambi banyak ini akan tegak.


Tiang itu ialah Anwar Ibrahim dan Zahid Hamidi. Selagi mereka bersama, selama itulah rumah Madani ini akan gegak berdiri dan dari masa ke semasa akan menambahkan serambi yang kian mengukuhkannya. Keruntuhan rumah Madani akan akan mulai dirasai kalau kedua mereka tidak dapat bersama lagi. Selagi mereka tegak bersama memikul amanah dan aspirasi asal, insyaAllah rumah Madani akan kuat dan tegak.


Justeru kepada sebarang desas desus untuk menggugatnya ia adalah bak cerita dogengan disampaikan kepada kanak kanak sebelum matanya tertutup bobo, atau tidur. Trims.