BILA ISTANA NEGARA KELUARKAN KENYATAAN. MAMAT NI LAK LEBIH LEBIH

 

Najib Bakar


Istana Negara pun dah keluarkan kenyataan. Mamat PAS ni melebih-lebih dari UMNO pulak. 



Menjengkelkan.


Bila Istana Negara keluarkan kenyataan macam ni, bermaksud, kalau pun ada titah addendum itu sebelum ini, ia tidak sempat masuk Mesyuarat Lembaga Pengampunan bersama YDPA16.


Kemudian kita tahu, tampuk pemerintahan bertukar kepada YDPA17.


Jadi, bila YDPA17 titah supaya ada permohonan, maka itulah jalannya. Mohonlah.


Nak ke mana lagi?


Untuk makluman, PMX pun beberapa kali mohon pengampunan, pernah mohon di zaman YDPA14.


Tak dapat pun masa tu. Maka dicuba lagi.


Itulah prosedurnya, itulah prosesnya.


Maka kita, ikutlah tertibnya. 


Dia macam dulu orang dok bising-bising marah Kerajaan. Bila ditanya, daftar mengundi pun tidak.


Duluuuuu la, sebelum daftar mengundi bertukar automatik.


Tak daftar sebagai pengundi tapi sembang berdegar-degar.


Sama lah sekarang. 


Terpekik-pekik kecam zalim lah apa lah.


Bila disuruh mohon, mengelak-elak, bermacam alasan.


🤷