Sempena Tahun Baru Cina, Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainudin telah menghadiri sesi makan tengah hari Perikatan Nasional (PN) bersama ketua – ketua pengarang dan pengarang kanan daripada media Cina semalam.
Media – media tersebut adalah Sin Chew Daily, China Press, Nanyang Siang Pau, Kwong Wah Yit Poh dan Oriental Daily.
“Selain bertukar pandangan berkaitan pendirian, hala tuju serta aspirasi Perikatan Nasional mahupun Bersatu, saya mendengar dengan teliti perkara-perkara yang mereka utarakan dengan terbuka kerana ia mencerminkan hasrat serta luahan rasa sebilangan besar masyarakat Cina berkaitan isu-isu semasa dalam negara merangkumi aspek ekonomi, politik dan sosial,” kata Hamzah dalam satu hantaran Facebook.
Turut menghadiri sesi makan tersebut adalah naib presiden Bersatu, Datuk Seri Ronald Kiandee, naib presiden Gerakan Tan Lek Kheng dan ahli exco Bersekutu Bersatu – Goh Gaik Meng.
Peliknya, Pas yang merupakan parti terbesar dalam Perikatan Nasional tidak menghadiri majlis tersebut.
Umum mengetahui pimpinan Pas seringkali tersalah sangka dalam hal melibatkan masyarakat Cina.
Contohnya, ucapan sepu-pu Siti Mastura Muhammad (PN-Kepala Batas) dan kaitan pengasas YTL dengan Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh oleh Pesuruhjaya Pas Perak Razman Zakaria.
No comments:
Post a Comment