Aku tengok ada 𝘄𝗮𝗹𝗮𝘁𝗼𝗸 dan sebahagian 𝘄𝗮𝗹𝗮𝘂𝗻 yang tak senang nama Mahathir disebut sebagai perasuah paling tegar, mengungkit yang 𝗣𝗛 𝗱𝘂𝗹𝘂 𝗱𝗮𝗵 𝘀𝘂𝗰𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗠𝗮𝗵𝗮𝘁𝗵𝗶𝗿 masa lantik Mahathir jadi PM tahun 2018.
Rasanya perkataan 𝘀𝘂𝗰𝗶𝗸𝗮𝗻 tu 𝘁𝗮𝗸 𝗯𝗲𝗿𝗮𝗽𝗮 𝘁𝗲𝗽𝗮𝘁. Tak sesuai langsung. Yang lebih tepat adalah 𝗽𝗲𝗻𝘆𝗼𝗸𝗼𝗻𝗴 𝗣𝗛 𝘁𝗲𝗹𝗮𝗵 𝗱𝗶𝗽𝗲𝗿𝗱𝗮𝘆𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗠𝗮𝗵𝗮𝘁𝗵𝗶𝗿.
Kenapa aku kata bukan disucikan? Sebab kita dulu tak terima Mahathir secara 𝗺𝗲𝗺𝗯𝗮𝗯𝗶 𝗯𝘂𝘁𝗮. Masa tu kita paksa Mahathir 𝗺𝗶𝗻𝘁𝗮 𝗺𝗮𝗮𝗳. Sampai Mahathir melutut 𝗺𝗲𝗺𝗼𝗵𝗼𝗻 𝗮𝗺𝗽𝘂𝗻 daripada DS Anwar di penjara.
Sampai satu masa Mahathir buat 𝗽𝗲𝗻𝗴𝗮𝗸𝘂𝗮𝗻 yang DS Anwar 𝘀𝗲𝗹𝗮𝗺𝗮 𝗶𝗻𝗶 𝗱𝗶𝗳𝗶𝘁𝗻𝗮𝗵. Berkesan sekali Mahathir lakonkan wataknya dan sebab itu kita 𝘁𝗲𝗿𝗽𝗲𝗱𝗮𝘆𝗮 dan memaafkan dia.
Tak cukup lagi, Mahathir 𝘇𝗶𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗽𝘂𝘀𝗮𝗿𝗮 𝗔𝗹𝗺𝗮𝗿𝗵𝘂𝗺 𝗧𝗚 𝗡𝗶𝗸 𝗔𝘇𝗶𝘇 pula yang dulu selalu dia caci, hina dan fitnah semasa hayat Almarhum. Pun begitu walau selepas tu semua, kita masih tak percayakan Mahathir 100%.
Sebaik DS Anwar bebas kita tuntut Mahathir 𝘀𝗲𝗿𝗮𝗵𝗸𝗮𝗻 𝗸𝘂𝗮𝘀𝗮 kepada DS Anwar. Sebelum tu, sebelum PRU, Mahathir kena 𝘁𝗮𝗻𝗱𝗮𝘁𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝘀𝘂𝗿𝗮𝘁 𝗽𝗲𝗿𝗷𝗮𝗻𝗷𝗶𝗮𝗻 untuk serahkan pentadbiran kepada DS Anwar.
Desakan yang buat sampai Mahathir terpaksa meletak jawatan akhirnya. Sebab dia ingat dia dah dapat beli MP PH. Dia nak jadi PM dengan sokongan campuran berbagai parti supaya PH tak boleh 𝘤𝘭𝘢𝘪𝘮 dia jadi PM 𝗮𝘁𝗮𝘀 𝗶𝗵𝘀𝗮𝗻 𝗣𝗛. Tapi dia salah perkiraan.
Kalau PH dah sucikan Mahathir, mana mungkin kita akan desak dia letak jawatan. Kalau kita dah sucikan dia, dia kata nak tangguh penyerahkan kuasa tu pun 𝘁𝗮𝗸 𝗮𝗱𝗮 𝘀𝗶𝗮𝗽𝗮 𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗹𝗮𝘄𝗮𝗻. Semua angguk je.
Polisi Mahathir masa memerintah pun banyak yang penyokong PH kecam. 𝘏𝘢𝘴𝘩𝘵𝘢𝘨 𝗞𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻𝗦𝗲𝗽𝗲𝗻𝗴𝗴𝗮𝗹 tu dimulakan oleh penyokong PH sendiri sebab tidak berpuas hati dengan dasar-dasar Mahathir.
Kes 𝗽𝗲𝗺𝗲𝗰𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗗𝗿. 𝗠𝗮𝘀𝘇𝗹𝗲𝗲 sebagai Menteri pun jadi isu besar. Mahathir dikecam teruk. Kalau Mahathir dah disucikan, kita semua sokong je dia pecat Dr. Maszlee. Tapi itu tak berlaku. Celah mana kata PH sucikan dia?
Tak macam PAS. Kalau kata 𝗣𝗔𝗦 𝘀𝘂𝗰𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗠𝗮𝗵𝗮𝘁𝗵𝗶𝗿 tu baru betul. Tengoklah apa Mahathir kata tentang PAS. Dia kata PAS 𝗽𝗮𝗿𝘁𝗶 𝗸𝗮𝗳𝗶𝗿, dia suruh Hadi 𝗯𝗲𝗿𝗰𝗲𝗿𝗮𝗺𝗮𝗵 𝗱𝗶 𝗺𝗮𝘀𝗷𝗶𝗱 𝗷𝗲, dah yang paling perit, dia kata mereka yang terbunuh di Memali tu sebagai 𝗺𝗮𝘁𝗶 𝗸𝗮𝘁𝗮𝗸.
Daripada semua tu, pernah dengar 𝗠𝗮𝗵𝗮𝘁𝗵𝗶𝗿 𝗺𝗶𝗻𝘁𝗮 𝗺𝗮𝗮𝗳? Haram tak ada. Tapi PAS beriya-iya bela dia. Siap ada walaun kata 𝗻𝗮𝗸 𝗯𝘂𝗮𝘁 𝗮𝗽𝗮 𝘂𝗻𝗴𝗸𝗶𝘁 𝗰𝗮𝗸𝗮𝗽𝗻𝘆𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗹𝗮𝗺𝗮. Nampak? Begitu baru disucikan!
Sebab tu aku berani kata, PH tak pernah pun sucikan Mahathir. Apa yang berlaku, kita diperdaya. Tapi nasib baik kita cepat tersedar. Dan bila tersedar, kita lekas perbetulkan keadaan. Tak wala membabi-buta.
PH tak bodoh macam PAS, macam walatok. Dalam PH ada ramai orang cerdik. Jadi jangan cuba samakan PH dengan PAS. Kita tak sebodoh PAS, 𝗺𝘂𝗱𝗮𝗵 𝗺𝘂𝗱𝗮𝗵 𝗷𝗲 𝗻𝗮𝗸 𝘀𝘂𝗰𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗺𝗮𝗻𝘂𝘀𝗶𝗮 𝗸𝗼𝗿𝘂𝗽. Guane boh?
Raja Gelap II
.
No comments:
Post a Comment