CHINA ATASI US DALAM TRANMISI DATA.

 

Jam, uri Ardani


Halangan terbesar bagi 'satellite-to-ground data transmission' ialah 'line of sight' (LOS). Pelbagai halangan LOS dari angkasa ke bumi yang boleh mengganggu pancaran laser yang membawa data dari satelit ke bumi. 


China mengatasi masalah ini dengan meningkatkan kadar kepantasan transmisi data ke tahap yang belum pernah dicapai sebelum ini menggunakan teknologi laser.  Ini bermakna, data yang besar dari angkasa boleh ditransmisikan ke bumi 'within as tiny frame of time allowed by natural weather'. 


Apa potensi impak besar dari penciptaan baru ini? 



Bayangkan satelit yang mempunyai kamera dan sensor berkuasa tinggi yang boleh capture semua pergerakan di atas muka bumi dan menjadikannya sebagai data dan maklumat yang boleh dianalisa dan dimanfaatkan secara 'real time' oleh penduduk di bumi. 


Ia akan mengesan semua pergerakan kapal laut, kapal terbang, kenderaan komersial, kenderaan tentera, kenderaan persendirian, aktiviti manusia dan haiwan di darat dan lautan, serta mengumpul dan menyimpan maklumat berkenaan semua ini untuk dijadikan input kepada keupayaan teknologi AI masa depan.



No comments: