Nazri Hamdan
Isu sebenar padi dan beras di Malaysia ialah masalah supply. Mekanisma harga seperti harga lantai dan siling atau harga terapung hanyalah penyelesaian sementara sahaja. Ia tak boleh selesaikan masalah supply beras.
Walau harga belian lantai padi dinaikkan kepada RM 1800 pun, kalau isu supply ni masih wujud ia takkan tahan lama. Kena naik pada RM 2000 dan terus naik pada masa depan.
Bila harga lantai naik, harga syiling tak boleh dipertahankan kecuali dengan bagi lebih banyak subsidi. Jadi ia bukan penyelesaian jangka panjang.
Apungan harga pun tak dapat selesaikan masalah supply. Jika harga diapung, kalau supply masih masalah, harga akan terus naik. Sampai satu masa kalau nak henti kenaikan harga ni kita kenakan balik kawalan harga. Jadi ia tak ke mana.
Reformasi padi dan beras oleh KPKM yang diumum pada 2024 dan bakal dilaksana pada 2025 akan bagi fokus kepada mencari solusi supply padi.
Banyak pelaburan dan tumpuan perlu diberi ke atas naikkan produktiviti tanaman padi. Diharap perkara ni dapat mula berlaku pada 2025. Kita mesti fokus kepada supply side dan bukan mekanisma harga.
Jadi reformasi padi dan beras negara oleh KPKM ni langkah baik. Cuma masa akan tentukan perlaksanaannya.
Kalau berjaya, maka isu paling besar iaitu masalah supply akan diselesaikan. Bila supply setel baru fokus pada mekanisma harga.
No comments:
Post a Comment