Seorang Maut, 2 Selamat Tanah Runtuh Di Miri


Pasukan bomba memindahkan mangsa tanah runtuh di Kampung Lereng Bukit, Miri berikutan kejadian tanah runtuh yang menimbus enam orang awal pagi Rabu.

MIRI, 29 Jan – Seorang mangsa kejadian tanah runtuh di Kampung Lereng Bukit, di sini awal pagi tadi ditemukan meninggal dunia, sementara dua lagi berjaya diselamatkan.

Laporan awal menyebut enam mangsa dikhuatiri tertimbus dalam satu insiden tanah runtuh yang berlaku awal pagi tadi.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, kejadian itu dilaporkan pada 2.58 pagi dan mangsa dikatakan melibatkan dua wanita dewasa, tiga kanak-kanak perempuan dan seorang kanak-kanak lelaki.

Lokasi tanah runtuh di Kampung Lereng Bukit, Miri pada awal pagi Rabu. Foto JKM

“Seorang lelaki dewasa berjaya diselamatkan tanpa kecederaan. Setakat pukul 3.48 pagi usaha mengeluarkan yang tertimbus masih giat dijalankan,” kata jurucakap PGO.

Operasi menyelamat melibatkan 15 anggota dengan empat jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Miri Sentral dengan bantuan BBP Lopeng.



No comments: