Jumlah penjawat awam negeri.



1. Pahang 8000 orang

Perak 9000 orang


2. Kelantan 11400 orang

Terengganu 14457 orang


3. Pahang adalah negeri terbesar di Semenanjung, diikuti oleh Perak.


4. Kelantan pula negeri ke empat terbesar dan dikuti oleh Terengganu di tempat ke lima.


5. Jumlah penjawat awam yang besar menyebabkan perbelanjaan mengurus yang tinggi.


6. Jika negeri tersebut kaya dan pendapatan nya tinggi seperti Selangor, mungkin tiada masalah. 


7. Tetapi apabila sesebuah negeri itu miskin dan jumlah pendapatan nya rendah, maka pastilah belanja untuk pembangunan amat sedikit.


8. Perbelanjaan pembangunan yang rendah akan menyebabkan usaha menarik pelabur terbantut.


9. Pelaburan yang kurang masuk menyebabkan ekonomi Negeri perlahan.


10. Ekonomi Negeri yang perlahan menyebabkan hasil yang sedikit.


11. Hasil yang sedikit menyebabkan ketidakupayaan untuk belanja mengurus.


12. Belanja mengurus termasuklah gaji dan bonus Penjawat Awam. 


13. Ini memaksa Kerajaan Persekutuan memberikan bantuan untuk bayaran gaji dan bonus bagi sesetengah negeri.


14. Ketidakcekapan pimpinan sesetengah negeri dan lantikan politik yang ramai menyebabkan masalah kepada beban bayaran gaji.


15. Semoga rakyat boleh berfikir pihak manakah yang mampu menjadi pemimpin dan memakmurkan ekonomi dan pihak mana yang hanya pandai bual sahaja.


Terima kasih. 


ATADAFA 


Fairul al Qasas



No comments: