Man Toba
Pengerusi Bersih cakap benda betul—rakyat memang berhak kecewa. Tapi realitinya, majoriti pengundi PH dalam PRU15 dulu bukan sebab teruja dengan manifesto, tapi sebab tak mahu negara ni jatuh ke tangan PAS dan Bersatu. Mereka tahu kalau PN yang perintah, negara hancur dengan polisi ekstremis, ekonomi jatuh, pelabur lari, dan Malaysia makin mundur.
Berapa ramai rakyat yang sibuk nak cerita soal pengasingan kuasa? Realitinya, rakyat lebih bimbang tentang kerja, ekonomi, dan bantuan kerajaan. Sekarang ni, pengangguran turun, ekonomi semakin stabil, dan bantuan pun ditambah. Jadi apa yang Bersih nak kecoh sangat?
Kalau betul rakyat kecewa, tak payah pun Bersih buat jelajah sana sini nak ‘sedarkan’ orang ramai tentang reformasi. Dulu masa skandal 1MDB, rakyat sendiri bangkit tanpa perlu dipaksa.
Satu lagi, kerajaan hari ni bukan kerajaan PH sepenuhnya, tapi Kerajaan Perpaduan. Ada UMNO dalam gabungan ni. Nak jaga ekonomi dan bantu rakyat mungkin boleh, tapi nak bersihkan tatakelola dengan UMNO kat dalam? Susah. Lagi-lagi bila UMNO sendiri sibuk nak selamatkan perompak yang dah terkenal satu dunia. Nak harap UMNO sokong reformasi? Mimpi di siang hari!
Kalau betul Bersih nak reformasi total, Bersih kena pastikan PH menang besar dalam PRU nanti. Tak boleh harap PAS dan Bersatu—satu sibuk nak buat Malaysia jadi Taliban 2.0, satu lagi penuh dengan geng penyamun yang sibuk kaut projek untuk kroni. Dengan PH ( PKR,Amanah dan DAP ) pegang kuasa penuh, barulah reformasi boleh jadi kenyataan. Itu formulanya!
No comments:
Post a Comment