PAS GELAR UMNO AYAM BETINA & DAN SIAPA BIAWAK? INI RESPON PANAS DARI PEM...



Sama seperti Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang lazim menggunakan pelbagai nama binatang sebagai perumpamaan, Ahmad Fadhli menyebut tentang ayam betina dan biawak dalam sindirannya. “Disangka jantan berkokok nyaring, rupanya ayam betina bertelur sebiji. Disergah biawak, digadai reban,” tulisnya di Facebook malam tadi. ======================================================================== Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Lokman Noor Adam menyelar sikap Pas yang mahu meneruskan “perhimpunan derhaka” dipercayai demonstrasi berhubung isu Titah Adendum pada 6 Januari depan. Lokman menyifatkan Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari sebagai kurang ajar susulan hantaran di media sosial yang menyebut tentang ayam betina dan biawak. “Kalau pun Pas nak teruskan dengan “perhimpunan derhaka”, itu hak dia. “Tapi janganlah kurang ajar sangat sampai menggambarkan YDP Agong sebagai biawak. “Nampaknya usaha menghasut rakyat membenci institusi diraja semakin rancak dijalankan penunggang agama,” katanya hari ini menerusi hantaran di Facebook. Semalam, Ahmad Fadhli dipercayai menyindir susulan kenyataan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki bahawa parti tersebut tidak meneruskan perhimpunan solidariti terhadap Najib Razak di Putrajaya Isnin ini. “Disangka jantan berkokok nyaring, rupanya ayam betina bertelur sebiji. “Disergah biawak, digadai reban,” tulis Ahmad Fadhli yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas. Rata-rata mengecam Pas yang beria-ia mengarahkan ahlinya berhimpun pada majlis ‘Solidariti Bersama Najib Razak Menuntut Keadilan’ pada 6 Januari ini. Perbandingan biawak yang digunakan Ahmad Fadhli, 45, juga dilihat tambah membangkitkan kecaman orang ramai.