KUALA LUMPUR, JAN 4 – MIC menegaskan sokongan penuh terhadap titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong bahawa proses pengampunan harus melalui saluran yang betul, selaras dengan Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan. MIC menghormati kuasa prerogatif Yang di-Pertuan Agong dalam memberi pengampunan sebagai tonggak sistem perundangan negara.
Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M. Saravanan, menyatakan bahawa perhimpunan solidariti untuk Dato’ Sri Najib Razak pada 6 Januari tidak bercanggah dengan titah Baginda. Namun, sebagai tanda hormat, MIC memutuskan untuk menggantikan lokasi perhimpunan tersebut dengan mengadakan doa khas di Kuil Murugan Batu Caves pada jam 11:00 pagi.
Doa khas itu bertujuan mendoakan keadilan untuk Najib, yang akan menghadapi semakan kehakiman pada Isnin ini. Saravanan menegaskan bahawa hak Najib untuk mendapat semakan yang adil dan telus mesti dipertahankan demi memastikan keadilan.
MIC turut mengajak masyarakat India di seluruh negara untuk menyertai acara ini sebagai tanda solidariti. Saravanan menyeru rakyat Malaysia untuk terus menjunjung prinsip perpaduan, hormat, dan keadilan dalam menghadapi situasi yang mencabar ini.
#BeritaKS