KADOK NAIK JUNJUNG
Semalam saya melihat satu ciapan di laman sosial yang menyatakan didalam itu ada satu pantun yang dikeluarkan oleh seorang Ahli Parlimen iaitu YB Fadhli Shaari.
Setelah mengamati tulisan tersebut, ada beberapa persoalan yang berlegar difikiran saya iaitu Adakah biawak yang dimaksudkan ini adalah KDYMM Tuanku Agong atau pon Pihak Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police )?
Jika ya, ini merupakan satu penghinaan terhadap institusi diraja kerana menyamakan atau memperumpamakan haiwan terhadap KDYMM Tuanku Agong atau PDRM dilihat keterlaluan walaupun dahagakan politik murahan.
Umum maklum, pihak istana telah pun mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa peluang untuk memohon rayuan masih terbuka dan boleh dimohon semula.
Bukankah kita sebagai rakyat malaysia berpegang pada prinsip RUKUN NEGARA iaitu perkara kedua yang menyatakan ‘Kesetiaan Kepada Raja dan Negara’ serta perkara empat ‘Kedaulatan Undang-Undang’.
Jangan samakan parti UMNO dengan parti lain yang terlalu dahagakan simpati politik hingga sanggup menghasut agar rakyat tidak ada rasa hormat pada institusi beraja dan negara ini.
Maka, saya ingin bertanyakan kepada YB Fadhli berkenaan kenyataan yang dikeluarkan baru-baru ini adakah ianya betul atau tidak dan jika ianya berbau penghinaan, 1 laporan polis akan saya lakukan jika kenyataan tidak dikeluarkan.
Kepada Allah Kita Berserah
Allah Peliharakan Sultan
Syed Hussien Bin Syed Abdullah
ADUN MAHKOTA
Exco Pergerakan Pemuda Umno Malaysia
Ketua Pemuda Umno Bahagian Kluang
#N29Mahkota #MajuJohor #MahkotaKita #ProRakyat