Zainuddin Omar
Amekau. Sebiji Asyraf bagi. Ahaks.
***
Seremban: "Jangan pula ada masalah atau cari masalah untuk sengaja tak nak bayar pinjaman tetapi dalam masa sama memperagakan kemewahan, jadi ini saya rasa tidak adil bagi semua pihak," kata Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Asyraf Wajdi Dusuki.
Beliau membidas tindakan sesetengah peminjam institusi itu yang dilihat sengaja tidak mahu membayar pinjaman tetapi memperagakan kemewahan.
Asyraf Wajdi berkata, Mara tidak pernah memilih bulu sebaliknya mengambil pendekatan berunding dan sentiasa bersikap ihsan kepada sesiapa yang bermasalah dalam melangsaikan hutang pinjaman.
"Saya tiada kuasa untuk melupuskan apa jua pinjaman. Kalau ada masalah datang jumpa (pihak Mara)," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.