PERSIDANGAN Mahasiswa Usuluddin Kebangsaan 2024 yang berlangsung pada 9 Disember di Dewan Perdana Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Terengganu, telah menarik penyertaan lebih 500 peserta.
Mereka yang terdiri daripada mahasiswa pelbagai universiti seluruh negara menghadiri program ini sempena Karnival Usuluddin anjuran YADIM Negeri Terengganu, Pusat Pengajian Usuluddin UniSZA dan Yayasan Perkasa Siswa.
Program ini telah disempurnakan oleh Yang Dipertua YADIM, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus .
Dalam ucapannya, beliau mengajak peserta menjadi insan yang berani menegur dan memberikan penyelesaian kepada masalah-masalah yang berlaku dalam negara.
Jelas beliau, semua kelompok termasuk pemimpin dan masyarakat perlu memiliki daya kreativiti yang tinggi dalam mentadbir urus ekonomi, pendidikan dan sosial.
Beliau turut berpesan kepada mahasiswa yang hadir agar memiliki jiwa yang kuat dalam menghadapi cabaran dunia masa kini.
Terdahulu, Pensyarah Pusat Pengajian Usuluddin Unisza, Prof Madya Dr. Wan Hishamudin Wan Jusoh telah membentangkan kertas kerja bertajuk ’Memahami Cabaran Zaman Moden Perspektif Pengajian Usuluddin’ manakala Penasihat kepada Presiden OIC Youth Forum Istanbul dan Professor Adjung Institut Pengajian Sains Sosial Universiti Putra Malaysia, Dr. Jufitri Joha pula membentangkan kertas kerja bertajuk 'Peranan Mahasiswa Islam dalam Memperkukuhkan Agama dan Negara'.
Hadir sama ke program ini ialah Dekan Fakulti Pengajian Kontemporari Islam UniSZA, Profesor Doktor Engku Ahmad Zaki Engku Alwi, Ketua Pusat Pengajian Usuluddin, Dr. Muhammad Rashidi Wahab, Pengarah YADIM Negeri Terengganu, Ustaz Nasrul Hadi Saiadin serta Pengarah Program Persidangan Mahasiswa Usuluddin Kebangsaan 2024, Saudara Muhammad Firdaus Mohamad Ridzuan.
***
YADIM menyantuni semua tanpa mengira latar belakang mereka. Bantu kami untuk menyantuni semua lapisan masyarakat.
Orang ramai boleh menyumbang kepada YADIM menerusi dua cara mudah.
Pertama, layari laman web YADIM dan klik di ruangan ‘Sumbangan Dana’ di halaman utama. Seterusnya ikuti panduan yang diberikan, atau hulurkan sumbangan anda ke akaun 1402 3010 0455 56 (Bank Islam)
Atau klik link dibawah :
Sumbangan secara potongan bulanan
InfaqPay Go / Direct Debit eMandate / Recurring Monthly Payment - https://infaqpay.my/go/yadim
Sumbangan secara one-off
InfaqPay Plus / FPX / One Time Payment-https://infaqpay.my/collection/yadim
#melestarigerakandakwah
#MalaysiaMadani