NAK PERANGKAP PM, TAPI RAKYAT LIHAT HANGPA BODO.


MSO


 MEMBACA MAKRIFAT DALAM PARLIMEN (Bhg 1)


Sekali imbas kalau dilihat secara lateral suasana yang berlaku dan parlimen hari ini terutamanya sikap dan lagak dua orang wakil Pas dari Kota Bharu dan Pasir Mas ketika sessi soal jawab dengan PM (PMQ)seolah-olah mereka ingin memerangkap Perdana Menteri berkaitan isu adendum, yang kini hangat diperkatakan. 


Wakil Kota Bharu mahu menempelak PM dan memaksanya untuk berterus terang mengenai perkara itu, manakala wakil Pasir Mas mencipta keraguan akan ketelusan addendum  dengan mengaitkan dan membandingkan dengan proses pengampunan penuh yang diterima Anwar Ibrahim oleh Sultan Muhammad ke V semasa menjadi Yang diPertuan Agong dulu yang disifatkan dalam keadaan grey, kelabu.


Baginya adendum itu misteri, dilayan tanpa telus dan ada permainan tersembunyi membabitkan PM. Mereka mahu mengenakan PM dalam parlimen dengan mengharap untung politik murahan buat Pas.


Dengan menggunakan prime time yang seharusnya digunakan untuk kepentingan rakyat dan negara mereka mengsia siakan memperolok olokkan parlimen untuk mengenakan PM, suatu perbuatan dangkal dan tidak bermoral jauh sekali menunjukkan qualiti sebagai ahli Yang Berhormat.


Usaha dan perangkap mereka itu tidak mengena. PM menjawab dan melolos dengan tuntas tali jerat mereka. PM mengakui dia tidak boleh bercap tentang sesuatu yang berada dibawah kuasa Lembaga Pengampunan dan Agong yang sepatutnya diketahui oleh seorang bertitle peguam. 


Sebenarnya kalau ditilik dan difahami budaya politik Pas, ada agenda lain disebalik kesungguhan Pas membela Najib itu dengan menimbulkan soal addendum itu. Itu hanya wayang kulit semata. Pas tidak jujur dalam hal ini, mereka hipokrit seperti mana kata PM, sebelum ini merekalah yang menghetam dan melayak Najib dari hujung rambut sampai hujung kaki.


Justeru kepelikan itu, dan apa yang berlaku itu semacam sudah ada gelombang baru berlaku dalam Pas waktu ini bakal menyamukkan parti itu. Masakan Pas tidak fahaman Najib dipenjara diera siapa?


Najib didakwa dan dihukum penjara diera Mahathir dan Mahiaddin jadi PM. Najib adalah musuh ketat Mahathir dan Mahiddin. Mahathir keluar Umno dan Mahiaddin dipecat daripada Umno kemudian tubuh Bersatu untuk lawan Najib. Apakah Pas tidak memahami reality ini. Ataupun apakah Pas sudah memaklumkan kepada kedua orang itu khasnya Bersatu untuk melepaskan Najib. Bersatu restuikah untuk lepas Najib? Kenapa dalam dewan hanya wakil BN diminta tepuk tangan dan Bersatu tidak.


Apabila Pas bersikap salah adat dan songsang, tentulah ada sesuatu yang berlaku disebalik kepelikan itu. Tempua tidak  akan bersarang rendah kalau tidak ada mengada. 


Namun bagi penganalisa politik dan memahami budaya Pas tidak sukar untuk memahami situasi ini. Tindakan Pas itu ada motif dan agendanya. Terkilas ikan diair sudah ketahui jantan betina waima pondan atau bapok. Ada beberapa kesimpulan awal dapat disimpulkan disini disebalik kejadian itu

.

 Pertama, Pas sudah tidak lagi mempercayai kepada Bersatu dalam usaha mengejar cita citanya untuk jadi kerajaan. Kemungkinan ini apabila Pas terbelenggu dengan kekecewaan atas jaminan Mahiaddin apabila percaya dengan kata kata Mahiaddin yang sudah cukup jumlah. Kerana yakin dengan Mahiaddin Pas terlepas peluang keemasan untuk bersama tubuh kerajaan Perpaduan. Inilah kesangsaraan jiwa besar Pas. Pas terngimbau dengan dapat banyak kerusi tetapi tak jadi kerajaan.


Peristiwa itu mengajar Pas menjadikan Pas sudah serik bersama Mahiaddin. Maka sebagai balasan dan ralat Pas kena bersama Najib kembali. Tiada pilihan yang afdal buat Pas selain mengangungi Najib.


Kedua, Pas yakin Umno akan kembali kuat sekiranya Najib dibebaskan dan kembali memimpin Umno. Pas tidak boleh mengharapkan kepada Ahmad Zahid Hamidi lagi. Seperkara lagi yang kuat mengikat Pas dengan Najib kerana Pas banyak termakan budi Najib sebelum ini. Kata orang kerana budi body tergadai.


Ketiga, tindakan Pas jika melepaskan Bersatu ini bahwa hubungan Pas Bersatu yang dikhabarkan renggang adalah benar. Ia bukan khabar angin lagi. Kekecewaan terbaru Pas apabila PN menamakan Mahiaddin sebagai poster boy bukan tokoh daripada dalam Pas. 


Keempat, dipihak Mahiaddin pula harus bertindak balas atas perubahan political will Pas ini. Tentunya Mahiaddin tidak mahu melihat Najib bebas dan merampas Pas ditangannya, Mahiaddin perlu berbuat sesuatu. Terbaik ialah rujuk semula kepada PH. Pelantikan Azmin Ali sebagai setiausaha agung Bersatu mungkin satu persiapan. Dalam suasana politik pelbagai kaum di negara ini kemestian ini perlu dititik beratkan.Tanpa patner ia tidak mampu bersendiri dan survive.


Bersambung catatan kedua, hendak citerakan bagaimana seorang wakil rakyat Kelantan bercakap siang tak pandang pandang bercakap malam tak dengar dengar yang menyentuh batang tubuh Sultan dan bakal menyusahkan parti. Trims.