Rumah Mampu Milik MADANI Pulau Pinang, PM Anwar Saksi Perjanjian Demi Rakyat
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Majlis Menandatangani Perjanjian Pembangunan Bersama Rumah Mampu Milik Bakat Baru MADANI di ibu negara pada Selasa. Foto Bernama
KUALA LUMPUR, 10 Dis – Menyedari pentingnya menyediakan rumah mampu milik untuk rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir bagi menyaksikan pemeteraian Perjanjian Pembangunan Bersama Rumah Mampu Milik Bakat Baru MADANI Pulau Pinang membabitkan pembinaan hampir 38,000 unit kediaman, dengan nilai pembangunan kasar (GDV) RM13 bilion di sini hari ini.
Menerusi inisiatif itu yang disifatkan sebagai nilai pembangunan terbesar bagi rumah mampu milik dalam sejarah negara, projek usaha sama antara Penang Development Corporation (PDC), PDC Properties (PDCP) dan SkyWorld Development Berhad (SkyWorld) akan menawarkan harga rumah antara RM300,000 hingga RM420,000, yang mensasarkan pemilikan rumah bagi golongan B40 dan M40.
Projek yang akan dibina di Batu Kawan dan Seberang Jaya, kedua-duanya di Seberang Perai itu akan turut dilengkapi dengan kemudahan seperti kolam renang, gimnasium, dewan serbaguna dan taman permainan.itu akan turut dilengkapi dengan kemudahan seperti kolam renang, gimnasium, dewan serbaguna dan taman permainan.