Kalau ikut logik golongan terpaling berwaspada ni...



Tak payahlah Nabi berperang dengan Quraisy... Hanya menguntungkan Musyrikin Toif yang memusuhi Islam dan Quraisy.


Tak payahlah Nabi berperang dengan Rom... Hanya menguntungkan Parsi yang memusuhi Rom dan Islam.


Itu juga barangkali antara logik Abdullah bin Ubai ketua munafik melarang Nabi berperang dengan kaum Yahudi yang khianat. Menguntungkan musuh dan melemahkan Madinah, kononnya, sebab kaum Yahudi lah yang banyak kubu di persempadanan Madinah.


Tahu orang Arab panggil Basyar Assad apa? Toghiyatul 'Asr. Toghut terbesar zaman ini. Demi Allah, saya tidak tahu ada sesiapa pun yang dikatakan mengaku Muslim yang hidup di zaman kita, yang lebih jahat dan buruk daripada Basyar Assad. Segala yang layak diucapkan kepada Netany@hu layak diucap pada keluarga Assad, bahkan mungkin lebih.


Biarlah diorang. Nabi kata, jih@d akan berterusan dalam umat ini hingga hari kiamat. Pilihan kita untuk jiwa kita bersama penerus sunnah ini dalam kalangan umat, mendoakan mereka dan umat Islam supaya dilindungi Allah daripada malapetaka, tipu daya musuh, dan pengkhianatan perjuangan... 


Atau kita memilih untuk menuduh macam-macam yang sebenarnya tak mengubah situasi dan tak menambah pahala pun. Saya sendiri mengira ia termasuk dalam sangkaan yang menambah dosa, seperti disebut Surah al-Hujurat (ayat 12). Mereka yang berjih@d, jika mereka ikhlas dan bertakwa, adalah kesayangan Allah SWT. Mencalarkan maruah mereka dan menuduh mereka bukan-bukan pasti lebih besar dosanya berbanding jika dilakukan kepada orang lain.


Golongan ini juga yang melabel Arab Spring Syria sebagai gagal dahulu, dan kenaikan Presiden Mursi sebagai kegagalan yang sia-sia. 


Hari ini Arab Spring Syria sudah berbuah. 7 Oktober dan kelemahan serta keruntuhan beransur-ansur rejim Z hari ini juga juzuk besarnya adalah hasil bantuan Presiden Mursi pada wilayah G/Asqalan sewaktu beliau Presiden Mesir.


Falasi otak yang cuba dicampakkan golongan ini adalah, siapa yang menyokong jih@d, dia tidak berwaspada. Sama macam falasi yang disebut golongan yang iman dan akalnya lemah dari zaman Nabi sampai sekarang, "Kalaulah mereka tidak berjih@d, pasti mereka masih hidup." Allah tempelak:


يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ لَا تَكُونُوا۟ كَٱلَّذِينَ كَفَرُوا۟ وَقَالُوا۟ لِإِخْوَٰنِهِمْ إِذَا ضَرَبُوا۟ فِى ٱلْأَرْضِ أَوْ كَانُوا۟ غُزًّۭى لَّوْ كَانُوا۟ عِندَنَا مَا مَاتُوا۟ وَمَا قُتِلُوا۟ لِيَجْعَلَ ٱللَّهُ ذَٰلِكَ حَسْرَةًۭ فِى قُلُوبِهِمْ ۗ وَٱللَّهُ يُحْىِۦ وَيُمِيتُ ۗ وَٱللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌۭ ١٥٦


"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu menjadi seperti orang-orang (munafik) yang telah kufur dan berkata kepada saudara-saudaranya apabila mereka pergi mengembara di muka bumi untuk berniaga, atau keluar berperang (lalu mati atau terbunuh): "Kalau mereka tinggal bersama-sama kita, tentulah mereka tidak mati dan tidak terbunuh". (Apa yang mereka katakan itu tidak ada faedahnya) bahkan akibatnya Allah menjadikan (kesan perkataan dan kepercayaan mereka) yang demikian itu: penyesalan dalam hati mereka. Dan (ingatlah), Allah yang menghidupkan dan yang mematikan, dan Allah sentiasa melihat akan segala yang kamu lakukan." (Surah Ali-Imran: 156)


Islam mengajar kita yang jih@d itu tidak bercanggah pun dengan kewaspadaan, asalkan benar cara dan matlamatnya. 


Bahkan orang yang mengelak-elak dari jih@d nyawa dan harta jika sudah tiba waktu kewajipannya, orang itulah yang mencampakkan diri ke dalam kebinasaan (al-Baqarah: 194-195).


Sokonglah, doakanlah, bertawakallah, dan berwaspadalah! 


Jika tidak pasti, diam, dan berdoalah bersama kami supaya kebenaran dizahirkan dan dibantu Allah SWT.


Kalau kamu baru tersentak nak tahu isu pasal negeri Syam setahun dua ini... Kami dah soroti dari sebelum Arab Spring lagi, dari sumber-sumber pelbagai dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, dan Bahasa Arab, dan tentang faksi yang pelbagai. Kalau kamu cuma dengar-dengar berita dari media dan internet yang ada kecenderungan kuasa besar Rusia, Iran, ataupun blok Barat... kami juga dengar apa yang kamu dengar, dan bahkan kami dengar dari orang negeri Syam sendiri, sama ada ahli wilayah Baitul Maqdis, wilayah Asqalan, wilayah Balqa', ataupun wilayah Dimasyq yang bermacam-macam kecenderungan, dan para ulama umat yang juga macam-macam kecenderungan, lalu kami cantumkan gambar itu. We are not the same. Dan apa jua kelebihan itu semuanya milik Allah.


Doakan pertempuran di persempadanan Syria melawan kerakusan rejim Z. Moga menjadi asbab tentera Z makin barai dan rapuh. Wallahua'lam.


- Irfan Bahrin