INGAT LAGI YA... INGAT LUPA DAH.... AMK HIDUP KA SEGAN MATI TAK MAHU....

 MSO


IDEA BERNAS DARI SHAMSUL ISKANDAR



Cadangan untuk mewujudkan 100 orang hardcore Keadilan disetiap cabang parti Keadilan Rakyat seperti disuarakan Ketua Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Seri Shamul Iskandar Md Akin suatu cadangan sangat baik dan tepat pada masanya.


Cadangan itu dilihat ke arah memantap dan menguatkan lagi parti Keadilan. Inisiatif itu perlu segera dilaksanakan kerana waktu ini adalah masa dan peluang terbaik. Perwujudan hardcore (HC) itu juga dilihat sebagai skuad baru buat Keadilan dengan diberikan latihan kepartian serta kefahaman aspirasi kerajaan Madani, disamping itu juga skuad itu boleh dijadikan penggerak institusi bagi membantu kerajaan. 


Mungkin untuk mewujudkan 100 HC ini parti perlu menyediakan peruntukan khas serta pelatihan berousat yang sistemetik buat mereka.


Pemantapan kualiti keahlian serta kefahaman kepada aspirasi kerajaan Madani, bukan tidak boleh diserahkan kepada presiden atau pihak tertentu sahaja, sebaliknya perlu penglibatan semua entiti. Pengerusi yang kini perdana menteri sibuk dan tidak mempunyai kesempatan untuk memperkasakan parti, justeru tugas itu perlu dipangku oleh semua pihak.


Penubuhan 100 (HC) dilihat kearah penyediaan sebuah pasukan atau angkatan baru untuk memacu parti dimasa hadapan serta secara tidak langsung menjadi agen masyarakat membina negara. 


Skuad baru itu perlu ditumpu atau diberi keutamaan kepada generasi baru berumur di bawah 25 tahun. Harus disedari dalam usia  sebeginilah pemikiaran mereka masih segar dan belum terlalu dicemari elemen-elemen negatif yang boleh menghuruharakan negara.


Generasi baru atau mereka yang baru berumur 18 tahun, baru mejadi pemilih, elok menganggotai atau dikerah menyertai skuad ini. Melalui skuad ini nanti mereka bukan sahaja akan diberi latihan dan diserap kefahaman mengenai politik Keadilan dan kerajaan, secara tidak langsung melengkapkan diri mereka dengan pengetahuan politik. Jika perlu pembentukannya boleh dibuat ala PLKN.


Lantaran itu cadangan dilontarkan oleh Shamsul itu jangan dipandang sesuatu yang retorik sebaliknya perlu pengembelengan semua tenaga dan fraksi dalam parti. Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Wanita khususnya perlu mengambil inisiatif dan peranan utama dalam menjayakan cadangan ini. Usah dilihat ia dicadang oleh individu diluar premis kita maka ia dibiarkan sahaja.


Perlu diingat Keadilan tidak lagi boleh berharap kepada skuad lama, iaitu mereka yang berjuang diawal era reformasi  di tahun 1990an, kerana mereka kebanyakan sudah berumur dan semangat reformasi pun sedikit demi sedikit sudah layu, sudah jadi otai. Reformasi itu sendiri perlu ditransformasikan secara menyeluruh.


Cadangan itu sangat sesuai dan tepat pada masa ini khasnya dinegeri-negeri yang keupayaan Keadilan tidak begitu menyerlah, seperti Kelantan dan Terengganu. Ketua AMK Adam Adly dan Ketua Wanita Fadhlina Sidik harus menyahut cadangan Shamsul itu memainkan peranan mewujudkan 100 hardcore parti itu dan membuktikan keupayaan dan kederat mereka sebagai ketua.


Bayangkan kalau cadangan itu berjaya direalisasikan Keadilan akan mempunyai lebih 20,000 ahli yang terlatih, memahami hasrat kerajaan Madani yang ingin melakukan reformasi, mereka inilah bakal menjadi penggerak dan andalan parti untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang. Trims.