BERTAUBATLAH WAHAI PEMIMPIN PAS

 


Marah betul Penyokong PAS bila ana saran supaya pemimpin mereka bertaubat.


Bukankah taubat itu perkara baik lagi ibadah, dan ia dituntut oleh agama..?


Kita semua harus bertaubat dan memohon ampun atas segala dosa yang sengaja ataupun tidak, tapi bagi mereka taubat untuk pemimpin PAS adalah perkara yang mengaibkan.


Sungguh pelik dengan keimanan penyokong PAS, adakah pemimpin kalian maksum dari dosa dan noda..?


Sehingga tidak perlu bertaubat langsung dalam hidup mereka..?


Sungguh jauh mereka disesatkan oleh fahaman melampau, benarlah agama melarang kita taksub kerana ia akan membawa kerosakan kepada diri dan masyarakat.


Oleh yang demikian,


Sekali lagi ana menyeru kepada semua terutamanya buat pimpinan PAS, bertaubatlah kalian dari perangai suka melaknat sesama muslim, gemar mendoakan bala ke atas orang lain dan menganggap remeh dengan dosa Qazaf.


Salah ke seruan ana ini..?


Semoga Allah himpunkan kita di bawah payung hamba yang suka bertaubat dan satukan kita di syurga yang kekal abadi.


Aminn.


Miqdad Zakaria 

Mantin, N9.