Kalau yang dah lama ikut ana kat Fb, mesti faham sangat cara ana sindir PAS.
Yang terbaru tentang 'bala banjir' di Terengganu, Kelantan dan Kedah.
Perkataan 'bala' ana ambil dari lidah pimpinan PAS, dan ana hanya kembalikan balik kepada PAS bila negeri mereka dilanda banjir.
Itu sahaja, tak lebih pun.
Tapi itu la PAS,
Tuan Guru dia binatangkan orang tak mengapa, bila orang jawab balik, terus kena cop hina ulamak.
Bila Tuan Guru dia fitnah orang, ada yang jawab balik, terus kena barua DAP.
Tuan Guru dia pertikai akidah orang, kata orang jahil dan buta Quran, bila ada jer yang dedah balik Tuan Guru dia yang bebal, terus kena tanya 'mung karang kitab berapa buah..?'
Demikianlah pendokong PAS hari ini, terlalu bodoh dalam menilai pemimpin sendiri. Yang penting pemimpin lawan perlu dimaki, dihina dan difitnah saban hari.
Itulah jihad paling akbar dalam menentang musuh Islam dan penentang hukum Allah katanya.
😅😅
Miqdad Zakaria
Rusila, Tepi Tali Air.