MSO
Dengan harapan orang Melayu akan menyokongnya Mahiaddin Yassin cadangkan agar ditubuhkan sebuah badan untuk memayungi NGO Melayu - Buniputera yang akan bertindak seperti Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) yang ditubuhkan untuk memperjuangkan hak masyarakat Cina.
Satu cadangan sangat idealis tetapi tidak berpijak dibumi nyata. Beliau perlu memahami attitude orang Cina jauh berbeza dengan orang Melayu. Orang Cina sebagai pendarang mereka mudah untuk bersatu dan bekerjasama berbanding Melayu yang menganggap dan bangga bumi ini hak mereka.
Biasanya imigran mudah bersatu berbanding dengan penduduk asal yang merasakan suda berada dalam zonr selamat.
Memang NGO atau kumpulan menggunakan nama Melayu berlambak tumbuh seperti cendawan sisir di batang buruk, tetapi mereka membawa hala tuju aspirasi sendiri. Setiap kumpulan yang ditubuh dengan tujuan tertentu dan tudak berteraskan satu teras dan maksud, tidak seperti badan atau pertubuhan Cina yang kenyak dengan semangat penaklukan.
Tengok sahaja kepada kewujudan parti orang Melayu, anda sendiri lari daripada Umno dan tubuh Bersatu. Umno sudah berapa kali berpecah. Dan Bersatu sendiri juga sudah berpecah. Pas yang kononnya mengambil Islam sebagai dasar juga sudah dua tiga kali berpecah.
Apa yang anda hasratkan itu baik, tetapi sesuatu yang mustahil untuk diwujudkan. Sebai baiknya kalau hendak satukan NGO Melayu anda terlebih dahulu kena sokong kerajaan Madani ajak sama Pas dan Umno perkuatkan Melayu melalui kerajaan yang sedia ada.
Jangan nampak pelangi dilangit yang hanya boleh dicapai dengan ilusi. Trims.