Saya kemudian ke PPS Sekolah Kebangsaan Mangkok, Setiu yang menempatkan 372 mangsa banjir, dan usai tiba, saya terus ke kawasan sekitar yang masih terjejas dengan musibah banjir ini.
Sewaktu menyantuni mangsa banjir, ada yang berkongsi pengalaman masing-masing dan saya sempat memaklumkan Kerajaan akan sentiasa membantu meringankan beban yang dihadapi termasuk dari segi bantuan kewangan dan juga dari sudut pembaikan serta pemulihan infra rakyat.
Kepada kesemua pegawai dan anggota dari pelbagai agensi pengurusan bencana, sekalung penghargaan di atas kebersamaan dan keterlibatan dalam membantu mangsa-mangsa banjir ini.
Moga kesemua mangsa banjir, baik di Terengganu dan negeri-negeri lain yang terlibat, diberi ketabahan selain sentiasa berhati-hati dalam menghadapi bencana banjir yang sedang melanda negara.
Dititipkan doa agar keadaan akan kembali pulih dan rakyat yang terjejas dapat meneruskan kehidupan seperti sedia kala.
#MalaysiaMADANI