MSO
Menitik Malam.
Cerita lucu dari utara, kerajaan Kedah nak tuntut Pulau Pinang kerana mendakwa negeri itu hak mereka. Cerita ini samalah cerita seorang yang dulunnya kaya, tetapi jatuh miskin kerana kebodohannya.
Semasa kaya dia berikan apa saja yang orang minta, dan merasakan tidak luak dan rugi. Tetapi bila tertakdir dia jatuh miskin dan papa, dia teringat benda yang diberikan kepada orang dulu. Dia mengenang dan merungut runggut untuk mendapatkannya semula. Kesal dengan perbuatannya sendiri.
Nah, begitulah cerita negeri di utara itu dia terkenangkan Pulau Pinang yang diberikan kepada orang untuk diambil kembali sebab dia lihat negeri itu lebih kaya dan makmur daripada negerinya.
Dia lupa negeri itu makmur dan kaya kerana dipimpin oleh orang cerdik tidak seperti dirinya, suka gaduh dan tidak pandai tabir, cakap lebih bual besar. Trims.