EZAM SESUMPAH PATUT CERMIN MUKA DULU SEBELUM PERLEKEHKAN ANWAR




Aku ikuti ceramah Ezam di Permatang Pauh semalam.  Kita amat faham mengapa akhirnya Mohamad Ezam Nor terpaksa melutut dengan Pas dan secara tidak langsung bersekongkol juga dengan Mahathir, iaitu Penasihat SG4 Pas dan terpaksa bergabung dengan Azmin semburit.


Bukan lagi rahsia, Ezam telah lama memohon untuk menyertai semula parti Keadilan iaitu semasa beliau mengetuai Gerak98.  Permohonan beliau begitu lama ditangguhkan oleh Keadilan, maklumlah orang yang pernah keluar parti dan serang parti tidak semudah itu untuk parti terima.  Tentunya merasa kecewa apabila Keadilan tidak menerimanya masuk kembali, dia terpaksa melutut dengan Pas.  


Di dalam ceramahnya di Permatang Pauh, isi ceramahnya hambar dan banyak membawa nada lama sewaktu beliau berada dalam Umno dahulu.  Serangan peribadi terhadap Anwar, itu kegemarannya.  Beliau cuba untuk memperlekehkan Anwar dari segi perjuangan seolah-olah dia lah pejuang sejati reformasi.


Aku nak beritahu Ezam, usah bicara jauh untuk bandingkan kamu dengan Anwar.  Dai segi parti yang kamu sertai pun, kamu tidak mampu untuk melawan istiqomahnya Anwar di dalam politik dan perjuangan.  


Anwar hanya pernah berada di dalam dua parti sahaja.  Pertama, Anwar menyertai Umno.  Beliau tidak keluar Umno, tetapi dipecat oleh Mahathir.  Kedua, Anwar wujudkan parti Keadilan (dulu disebut Parti Keadilan Nasional) hinggalah sekarang.  


Mari kita lihat sejarah Ezam pula.  Beliau pernah bersama Keadilan.  Beliau keluar Keadilan.  Tidak lama lepas itu, beliau sertai Umno.  Beliau keluar Umno.  Beliau sertai pula parti Berjasa.  Tidak sampai setahun, melompat pula sertai parti Rakyat Malaysia (PRM).  Bertanding pilihanraya pun hilang deposit.  Terbaru, dia melompat masuk parti Pas.  Lima parti kamu sertai, apa hala tuju kamu dalam politik sebenarnya?


Tiada beza kamu dengan Mahathir.  Sama2 banyak masuk parti dan sama2 pernah hilang deposit.  Kamu hebat berbanding Ibrahim Ali yang dulu dikenali sebagai 'Raja Katak" yang melompat parti, tetapi Ibrahim Ali tidak sebanyak kamu berparti.  Orang macam ini mahu bicara soal prinsip dan perjuangan?  Aku tahu, dia harapkan Pas beri tempat kepada dia dan boleh masuk bertanding di dalam pilihanraya nanti.  Itu saja perjuangan Ezam.  Bercakap kononnya pilih Pas sebab perjuangan Islam.  Perjuangan Islam kah Pas bila melantik Mahathir sebagai Penasihat?  Ezam percaya Mahathir suka kepada kebangkitan Islam?  Perjuangan Islamkah apabila sewaktu Pas menjadi kerajaan, cabutan judi ditambah dan membenarkan pesawat dan kapal Israel memasuki Malaysia?  Ezam sokong?


Ternyata Ezam hanya pentingkan diri tetapi mahu diangkat sebagai hero dengan menumpang populariti Anwar.  Dia serang Anwar maka dia harap dia akan diangkat sebagai hero.  Selepas ini, dia tidak lagi menyerang Mahathir atau Azmin semburit kerana telah bersama dalam satu selimut.


Percayalah, Ezam akan terus ditunggang oleh lebai.  Hanya orang yang bodoh sahaja akan menjadi tunggangan.  Selamat maju jaya, Ezam.


WFAUZDIN NS