MSO
Saat ini negara kita kini sedang menghadapi bencana banjir. Ratusan ribu rakyat menjadi mangsa banjir dan kehidupan terjejas dengan musibah itu.
Negeri paling parah dilanda banjir ialah Kelantan dan Terengganu. Katanya bencana banjir tahun ini lebih besar daripada banjir kuning 2014.
Musibah ini sebenarnya fenomena biasa di negeri pantai timur itu. Kita doakan semoga air cepat suruh dan tiada kemalangan jiwa yang ramai.
Di sini saya ingin memberi sedikit pesanan berdasarkan pengalaman lampau. Apabila dimusim banjir ramai yang bersimpati kepada mangsa banjir. Masing-masing berlumaba-luma untuk berbuat kebajikan mengharapkan pahala daripada Allah.
Kita gembria dan seronok apabila ada diantara kita simpati dan sedia membantu. Tetapi perlu diingat manusia rambut sama hitam (kecuali yang tua macam saya, uban) tetapi hati lain-lain.
Ada juga yang bijak mengambil kesempatan daripada kejadian itu dengan menyelewengkan bantuan, mengaturkan upacara kutip derma, tetapi bantuan dan barangan tidak sampai kepada mangsa.
Pemugut derma melalui media sosial harus diawasi, melalui media sosial mudah berlaku scemer. Justeru kalau hendak beri derma pastikan menerusi agen atau individu dipercayai, sebaiknya disampaikan sendiri.
Saya mengingatkan ini berdasarkan pengalaman. Masa banjir 2014 saya mengusahakan punggutan derma berupa barangan keperluan makanan dan peralatan pakaian dan peralatan dapur, gas, periuk, kuali dan pinggan mangkuk. Untuk fasal pertama saya mengagahkan diri membawa sendiri ke kawasan bencana dan langsung kepada mangsa.
Untuk fasal kedua, kerana sudah keletihan dan membabitkan kawasan yang luas, saya serahkan kepada seseorang yang bersedia untuk mengaihkan bantuan itu. Atas kepercayaan, saya serahkan barangan yang dikumpul kira-kira dua lori kecil untuk dihantar kepada mangsa. Dia datang ambil sendiri di rumah saya.
Sedihnya apabila di check barangan itu tidak sampai ke tempat yang dijanjikan. Paling mendukaciatakan lagi barangan yang didermakan itu dijual, individu berkenaan siap membuka kedai runcit. Hancur luluh hati dan jiwa melihat.
Untuk mengelakkan apa yang pernah saya alami itu, dinasihat kepada para dermawan, yang ingin membantu mangsa banjir pastikan melalui saluran yang benar dan boleh dipercayai. Jangan sesekali serahkan kepada pihak ketiga kerana ia terdedah kepada penipuan. Tumpahkan simpati kepada yang benar-benar memerlukan dan jujur.
Jangan kita menganggap dalam keadaan musibah, tidak ada orang yang tidak berhati busuk, dan mengira semua orang ikhlas dan jujur. Mereka senantiasa ada dan menanti untuk mengambil peluang tanpa menghirau keadaan yang berlaku.
Diingatkan lagi, jangan mudah percaya kepada orang tengah walaupun mereka mengguna nama NGO, persatuan atau apa-apa pertubuhan, kerana ia terdedah kepada penipuan atau pengeksploitasi yang menyebabkan nawaitu kita untuk membantu tidak kesampaian.
Tidak keterlaluan diingatkan juga berdasarkan pengalaman, ada segelitir mangsa musibah itu bersikap tamak dan menyalah gunakan bantuan tanpa bersimpati kepada yang lain. Bersikap individualistik. Wasslam. Trins.