Usai pertemuan dan sidang media bersama media Malaysia, PM Anwar Ibrahim langsung ke tapak pameran bersempena Forum Ekonomi Timur Ke-9 (EEF 2024) di Vladivostok.
Pameran ini memberi tumpuan utama kepada pelbagai budaya dari pelbagai etnik rakyat Rusia dari pelbagai wilayah dan republik yang membentuk keseluruhan Persekutuan Rusia.
Di ruang yang sama juga ditonjolkan bagaimana wilayah Timur Hujung Rusia ini dibangunkan atas nama kesejahteraan sejak dulu hingga sekarang dengan pelbagai projek pembangunan dan ekonomi yang ternyata memberi nilai tambah kepada tahap kehidupan masyarakat di wilayah ini dan akan terus menyemarak.