π—¦π—šπŸ°: 𝗧𝗨𝗑 π— π—”π—›π—”π—§π—›π—œπ—₯ π— π—˜π—‘π—¨π—‘π—šπ—šπ—”π—‘π—š π—žπ—˜π—•π—’π——π—’π—›π—”π—‘ 𝗣𝗔𝗦



✍️  Ahmad Mursi 


1.  Zaman Tun M berkuasa, negeri PAS dianaktirikan. Wang Royalti Terengganu ditukar jadi Wang Ehsan—itu 'jasa' Tun M.


2.  Bila Tun M hilang kuasa dan kalah di Langkawi, hilang wang deposit, Tun M menunggang 'kebodohan' PAS. Ini hanya hubungan taktikal Tun M 'memijak' ideologi PAS.


3.  PAS terpaksa telan ucapan Tun M dulu: 'Mangsa Memali mati katak, bukan syahid (2018)' dan juga 'PAS kini parti kafir (2022)'.


4.  PAS membenarkan dirinya 'ditunggang' oleh Tun M bertujuan melemahkan pengaruh PMX. 


5.  Kalau PAS fikirkan soal rakyat, sepatutnya binalah hubungan baik dengan Kerajaan MADANI kerana kebergantungan tinggi kesemua 4 negeri ini kepada pusat.


6.  Terengganu yang PAS anggap kaya itu pun bukanlah kerana kecekapan MB PAS menjana hasil (hanya 14%), tetapi kerana Wang Ehsan RM1 bilion ke RM2 bilion setiap tahun. Tugasnya hanya belanja, bukan cari duit seperti negeri lain yang jauh lebih baik.


7.  Cuba letak Dr Sam di negeri yang tiada Wang Ehsan, nescaya terkial-kial. Sebab itu lucu bila PAS calonkannya 'PM Tepi PAS' ganti Muhyiddin. Dia jaguh kampung sahaja dan Negara jiran pun mungkin tidak kenal. Masuk Parlimen pun senyap seperti tertelan mikrofon dan tiada impak.


8.  SG4 ni seolah-olah PAS berkubu dalam kelompok sendiri untuk melemahkan diri sendiri bersama dengan negeri-negeri miskin yang lain.


9.  Sepatutnya mereka bina hubungan baik dan bukan bermusuh dengan negeri-negeri kaya agar limpahan kekayaan dapat dijana bersama. Itu lebih berpotensi tinggi uruskan hasil bumi negeri.


10.  Yang paling 'loser' dan terkial-kial dalam SG4: BERSATU dan Muhyiddin. Ini usaha PAS merendahkan kepimpinan BERSATU dalam PN. Kesian.



No comments: