Iman Masjid Al-Aqsa ditahan Israel dalam satu serbuan di rumahnya di Baitulmaqdis pada Jumaat.
Menurut laporan antarabangsa, Sheikh Ikrima Sabri ditahan pasukan perisikan Israel selepas beliau berdoa ketika khutbah Jumaat untuk Ketua Biro Politik Hamas, Allahyarham Ismail Haniyeh, yang dibunuh di Tehran pada Rabu.
Dalam khutbah beliau, Sheikh Ikrima berkata: "Penduduk Baitulmaqdis dan di sekitarnya, dari mimbar Masjid Al-Aqsa yang dirahmati, meratapi pemergian Ismail Haniyeh yang mati syahid."
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews