Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari dihujani cemuhan malah ada rakyat Kelantan meluahkan isi hati mereka gara-gara hantarannya di Facebook.
Ketua Penerangan Pas itu dilihat cuba berseloroh dengan mendakwa bentuk tiang kabel di Jambatan Pulau Pinang menyerupai roket yang dipercayai cuba untuk dikaitkan dengan DAP.
Ibarat peluru makan tuan, kenyataan Fadhli itu meraih sindiran dan serangan bertalu-talu orang ramai termasuk berpendapat rendahnya tahap intelektual seorang wakil rakyat Pas.
“Sekurang-kurangnya ada kemajuan YB. Kelantan ada apa? Jadilah YB yang berfikiran matang sikit.
“Budak tadika dan gurunya 1,000 kali lebih baik pemikirannya dari YB ni. Adus, orang nampak indahnya laut membiru, dia boleh pula berhalusinasi tiang macam roket.
“Kesian… Setakat itu sahaja daya fikir seorang YB dari Kelantan,” demikian antara komentar netizen susulan hantaran di Facebook pemimpin Pas itu.
Dalam masa sama, rayuan seorang wanita Kelantan yang menggunakan akaun Facebook, Ili Ana turut menarik perhatian warga maya.
“YB sediakanlah peluang pekerjaan di Kelantan. Kesian ambo IC 03 ni dah berbelas tahun tumpang rezeki di negeri DAP,” luahnya.
Untuk rekod, Kelantan menyumbang peratusan rendah kepada pembangunan ekonomi negara.
Hal sedemikian berlaku ketika ramai orang Kelantan berjaya, namun terpaksa mencipta peluang di luar bukannya di negeri sendiri.
Buktinya, pada musim sambutan Hari Raya Aidilfitri April lalu, hampir sejuta kenderaan anak-anak perantau masuk ke Kelantan dengan laluan masuk dari Gua Musang paling sesak.