[DRAMA] PAS SANUSI PERSILAKAN GELEKAN KELUAR PN! WAN SAIPOL TEGUR PEMIMP...


GERAKAN tidak perlu mengugut untuk keluar dari Perikatan Nasional (PN), sebaliknya mereka boleh meninggalkan gabungan itu jika sudah tiada lagi persefahaman. Ketua Pengarah Pilihan Raya PN, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, berkata beliau bukan angkuh tapi hanya mengulas kenyataan dikeluarkan Timbalan Presiden GERAKAN, Oh Tong Keong. Katanya, PAS bersedia berbincang kemelut yang tercetus dalam mesyuarat bulanan PN bulan ini. "Dia (GERAKAN) yang buat kenyataan secara terbuka, ugut nak keluar PN. Sila keluar. Itu respons kami. "Dia kata kalau tak ikut pandangan mereka, GERAKAN akan keluar PN. Silakan, 'the door is there' (pintu ada di sana). Bukan kita tolak dia keluar. Tapi, kalau dia nak keluar, pintu sentiasa ada. Boleh keluarlah, bukan tak boleh," katanya di sini, hari ini. Sebelum ini, Tong Keong dilaporkan berkata parti itu tidak teragak-agak keluar daripada PN dan kekal teguh menyokong serta mempertahan usaha sekolah Cina mengumpul dana walaupun terdapat ancaman tidak munasabah daripada sekutunya.




No comments: