MYR MENINGKAT

 


Pada 8 pagi, ringgit naik 30 mata asas kepada 4.5645/5725 berbanding dolar AS daripada 4.5675/5710 pada Khamis.



Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata indeks Institut Pengurusan Bekalan (ISM) Amerika Syarikat (AS) bagi sektor pembuatan merosot kepada 46.8 mata pada Julai, lebih rendah daripada anggaran konsensus sebanyak 48.8 mata.


"Ini (petunjuk) dilihat menyokong pandangan bahawa Fed akan menurunkan kadar faedah pada September berikutan ia perlu memastikan ekonomi dapat mencapai pertumbuhan selepas mengekalkan pendirian dasar monetari yang ketat untuk suatu tempoh," katanya.


Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews



No comments: