𝗜𝗡𝗜 𝗦𝗘𝗕𝗔𝗕 𝗥𝗜𝗡𝗚𝗚𝗜𝗧 𝗠𝗘𝗡𝗚𝗨𝗞𝗨𝗛 𝗡𝗔𝗞 𝗠𝗨𝗗𝗔𝗛 𝗙𝗔𝗛𝗔𝗠


Ahmad Mursi


 𝗜𝗡𝗜 𝗦𝗘𝗕𝗔𝗕 𝗥𝗜𝗡𝗚𝗚𝗜𝗧 𝗠𝗘𝗡𝗚𝗨𝗞𝗨𝗛 𝗡𝗔𝗞 𝗠𝗨𝗗𝗔𝗛 𝗙𝗔𝗛𝗔𝗠





1. Graf Merah ini MYR/USD trend ringgit dari 2007 hingga 2024. Makin turun, makin lemah ringgit.


2. Graf hijau pula USD/MYR diukur dari 2003 hingga 2024. Makin naik, makin lemah ringgit.


3. Ada yang tertukar turun naiknya. Dua2 sama je.


4. Ramai bangkitkan nostalgia ringgit dulu2 RM3.50-RM3.80. Tapi tak tengok graf tu untuk tempoh lebih lama.


5. Ringgit jatuh antara 2013 ke 2017 tu ketara. Paling tinggi 2.97, paling lemah 4.40. Puncanya kejatuhan harga minyak dunia dan kes 1MDB. Kemudian bergerak sideways.


6. 2022-2023 OPR kita rendah (3%) berbanding US (5.5% paling tinggi dalam tempoh 23 tahun) sebab Inflasi kita berjaya turun dari 4.7% ke 1.5% tapi US masih tinggi 5% ke 6.5%.


7. Itu menekan ringgit kerana lebih ramai nak simpan dalam dollar berbanding ringgit untuk kadar faedah lebih tinggi. Walhal ekonomi kita makin baik. 7x dah OPR kita tak bergerak 3%.


8. 2024 ramai jangka Interest US akan turun kerana inflasi dah turun 3.1% jun lepas.. 


9. Bila beza kadar faedah rendah antara Malaysia-US, ekonomi kita pula makin baik, ringgit akan mengukuh.


10. Bukan berbanding USD sahaja, hampir semua negara jiran dan banyak negara2 lain dalam 6 bulan terakhir ni.


11. Ni hanya cakap2 nak mudah faham. Bukan artikel ekonomi 😂.



No comments: