UMNO BOLEH MENANG SEBAB ADA AKMAL? PAS REFERENDUM RAKYAT TOLAK KERAJAAN!


Barisan Nasional (BN) mempunyai peluang cerah untuk merampas semula kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, Kelantan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) bulan depan. Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, ia berdasarkan kredibiliti calon yang diketengahkan iaitu anak muda tempatan, profesional dan telah lama berkhidmat di kawasan berkenaan. "Sebelum ini ia bertukar milik kepada Perikatan Nasional (PN) namun pada Pilihan Raya Negeri yang lepas, kita (BN) kalah dengan majoriti 810 undi sahaja. "... dan di Nenggiri ini kalau kalah satu pun kerajaan negeri masih ditadbir PAS tetapi rakyat Kelantan mahukan seseorang yang boleh memberikan semak imbang kerana sejarah di sana, pembangkang hanya ada dua. Jadi tambahkan sahaja satu kerusi pembangkang tanpa menggugat pemerintahan sedia ada," katanya ==================================================================================== Presiden AMANAH, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, kemenangan calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri bukan hanya terletak di bahu BN. Malah, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan itu, PRK pada 17 Ogos depan juga terletak pada kerjasama semua parti komponen Pakatan Harapan (PH). Menurutnya, AMANAH komited memberi kerjasama penuh begitu juga parti komponen PH akan bekerja sebagai sebuah pasukan bagi memastikan kemenangan memihak kepada calon BN. “Insya-Allah dengan semangat yang ditunjukkan pada hari ini, kita boleh menang. “Jentera parti komponen sedang giat disusun untuk membantu. “Saya yakin PH serta AMANAH Kelantan akan berusaha secepat mungkin bagi memberi bantuan pada PRK ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pelancaran Jentera PH PRK DUN Nenggiri di Gua Musang hari ini. ======================================================================== DAP akan mengerahkan jenteranya turun berkempen membantu calon Barisan Nasional (BN) pada PRK Nenggiri. Bagaimanapun, parti itu akan menumpukan usaha berkempen menarik pengundi Orang Asli seramai lebih 2,700 orang, menurut Pengerusi DAP Kelantan Azaha Abdul Rani. Pemgundi Orang Asli ini merupakan pengundi tetap kita, katanya kepada FMT. Sementara kaum lain, terutamanya Melayu, kita serah kepada Amanah, PKR dan Umno untuk pujuk pengundi supaya sokong BN. Katanya, DAP akan menumpukan usaha berkempen di lima kawasan Orang Asli, iaitu di Tohoi, Sungai Puian, Sungai Jenera, Sungai Wias dan Pos simpor. Menurut Azaha, pucuk pimpinan utama DAP juga akan turun berkempen untuk PRK 17 Ogos itu, namun senarai tokoh yang terlibat belum diputuskan. Kebimbangan Melayu Kelantan terhadap DAP ‘mula reda’ Diminta mengulas kebimbangan orang Melayu mengenai DAP, Azaha berkata, sentimen itu mula reda susulan penerimaan parti Melayu lain, seperti Umno dan PAS, terhadapnya. “Orang Melayu mula terima DAP susulan kerjasama dengan PAS dalam Pakatan Rakyat (PR), kemudian dengan tertubuhnya Pakatan Harapan (PH) bersama Amanah dan PKR. Dalam kerajaan perpaduan juga, (DAP) bersama Umno, katanya. Beliau berkata, di Kelantan, DAP turut dianggotai orang Melayu dan Orang Asli, malah cawangan DAP di Kelantan ditubuhkan oleh orang Melayu.






No comments: