MAHKAMAH! STRATEGI TANGGUH PERBICARAAN! ULARMAK PAS SOKONG BACA DOA QUNUT!


Perbicaraan kes Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor atas dua pertuduhan menghasut berhubung pelantikan Menteri Besar Selangor dan penubuhan Kerajaan Perpaduan dalam satu ceramah politik yang sepatutnya bermula hari ini, ditangguhkan. Hal ini berikutan Menteri Besar Kedah itu mengemukakan representasi kedua bagi menggugurkan pertuduhan dihadapinya. Hakim Datuk Aslam Zainuddin membenarkan penangguhan selepas peguam Awang Armadajaya Awang Mahmud memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihaknya telah menghantar representasi kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) minggu lepas. "Saya percaya bahawa Peguam Negara perlu masa untuk mempertimbangkan representasi tersebut. Oleh demikian, saya memohon penangguhan selama dua bulan untuk pihak-pihak berkenaan mendapat maklumat penuh dan mempertimbangkan representasi itu. "Jika mahkamah bersetuju dengan cadangan pembelaan, kami mohon untuk mahkamah menetapkan tarikh pengurusan kes," kata peguam itu.







No comments: