BUAT IBADAT PUN KENA SCAM.


Scam No One


 𝐒𝐈𝐃𝐈𝐊𝐄𝐓 𝐏𝐄𝐍𝐈𝐏𝐔𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐃𝐀𝐋 𝐇𝐀𝐉𝐈 𝐀𝐋 𝐇𝐀𝐍𝐈𝐍



Kesemua syarikat yang menawarkan khidmat Badal Haji murah mempunyai modus operandi yang sama.


Kononnya warga Islam Indonesia yang menetap di Saudi mengambil upah lakukan ibadah Haji.


Memang benar ada penglibatan rakyat Indonesia.


Namun penglibatan mereka bukan sebagai individu yang lakukan ibadah Haji, tatapi sebahagian daripada skim penipuan.


Lebih malang, penipuan 𝐁𝐚𝐝𝐚𝐥 𝐇𝐚𝐣𝐢 𝐀𝐥 𝐇𝐚𝐧𝐢𝐧 mengambil satu langkah ke hadapan dengan pergunakan 𝐉𝐚𝐛𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐀𝐠𝐚𝐦𝐚 𝐈𝐬𝐥𝐚𝐦 𝐍𝐞𝐠𝐞𝐫𝐢 𝐉𝐨𝐡𝐨𝐫 (𝐉𝐀𝐈𝐍𝐉) sebagai endorsement.


📍𝐄𝐒𝐓𝐀𝐁𝐋𝐈𝐒𝐇𝐄𝐃 𝐅𝐀𝐂𝐓𝐒📍


Maksud established facts ialah kebenaran yang tidak boleh lagi dipertikaikan.


Ianya satu kebenaran bahawa permit Haji ialah SR 3000, lebih kurang RM 4 800.


Ibadah Haji merupakan ibadah dalam bentuk perbuatan dan ianya melibatkan beberapa tempat perlaksanaan iaitu Masjidil Haram, Arafah, Mina dan Muzdalifah.


Maknanya perlu juga keluarkan kos pengangkutan selain daripada penginapan.


Macam-macam pakej harga Badal Haji yang ditawarkan di Malaysia.


Semuanya 𝐝𝐢 𝐛𝐚𝐰𝐚𝐡 𝐑𝐌 𝟓 𝟎𝟎𝟎.


Kita ambil contoh pakej yang ditawarkan oleh 𝐀𝐥 𝐑𝐢𝐝𝐳𝐮𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐚𝐦𝐚𝐢𝐧, RM 2 500.


Penipuan Badal Haji berkembang pesat sehingga tubuhkan cawangan hampir di setiap negeri.


Pengurus cawangan di setiap negeri mesti penuhi quota, maka ramailah agent dilantik untuk memburu mangsa.


Jika agen dapat close deal, commission kepada agent ialah RM 500 dan pengurusan cawangan pula dapat RM 700.


Dengan bayaran RM 2 500, baki yang tinggal untuk upah Haji hanyalah RM 1300.


Langsung tak masuk akal, harga teksi untuk bergerak pun tak lepas.


Itu belum lagi ditolak free gifts.


Berapa commission yang dibayar untuk pengurus dan agent Al Hanin kami belum dapat kepastian.


Semestinya besar juga sebab penipuan Badal Haji tidak perlukan modal.


 

📍𝐏𝐄𝐍𝐆𝐋𝐈𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐑𝐀𝐊𝐘𝐀𝐓 𝐈𝐍𝐃𝐎𝐍𝐄𝐒𝐈𝐀📍


Siasatan kami mendapati Syarikat Badal Haji 𝐀𝐥 𝐇𝐚𝐧𝐢𝐧 dan 𝐀𝐥 𝐑𝐢𝐝𝐳𝐮𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐚𝐦𝐚𝐢𝐧 menggunakan MO yang sama, iaitu penglibatan warga Indonesia.


Memang benar, ada penglibatan rakyat Indonesia, namun bukan sebagai pelaku ibadah tetapi sebahagian daripada komplot penipuan.


Rata-rata yang terlibat ialah warga 𝐈𝐧𝐝𝐨𝐧𝐞𝐬𝐢𝐚 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐋𝐨𝐦𝐛𝐨𝐤.


Kepala tycoon yang jadi tali barut penipuan Badal Haji di Saudi bernama 𝐋𝐚𝐥𝐮 𝐌𝐮𝐬𝐭𝐚𝐟𝐚.


Setiap musim Haji, kumpulan tersebut menguruskan ratusan malah ribuan Badal Haji tetapi hanya melibatkan beberapa individu sahaja.


Jumlah mereka yang terlibat dimuatkan hanya dalam satu bas.


Memang ada rombongan rakyat Indonesia terlibat memasuki kawasan perlaksanaan Haji.


Mereka sewa bas ramai-ramai ke sana dengan mengambil gambar sebagai bukti.


Setiap individu rakyat Indonesia yang terlibat membawa sehingga seratus nama.


Setelah mengambil gambar dengan nama waris terpampang, laku dihantar kepada pelanggan berkenaan.


Pelanggan pun ucap Alhamdulillah.


Hakikatnya, satu individu mengambil gambar dengan berpuluh nama.


Bukti video untuk perlaksanaan setiap rukun Haji hanya tinggal janji.


Hanya ada video ramai-ramai memasuki Arafah.


📍𝐏𝐄𝐍𝐆𝐋𝐈𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐉𝐀𝐈𝐍𝐉📍


Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐭𝐞𝐫𝐥𝐢𝐛𝐚𝐭 𝐬𝐞𝐜𝐚𝐫𝐚 𝐥𝐚𝐧𝐠𝐬𝐮𝐧𝐠.


Dato’ Mufti tiada sebarang pengetahuan mengenai penipuan yang dilakukan.


Ianya hanya melibatkan seorang individu yang berkhidmat dengan JAINJ dan juga merupakan kawan baik 𝐙𝐮𝐥𝐫𝐚𝐡𝐢𝐦, 𝐨𝐰𝐧𝐞𝐫 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐀𝐥 𝐇𝐚𝐧𝐢𝐧.


Nama individu tersebut ialah 𝐊𝐡𝐚𝐥𝐢𝐥 𝐛𝐢𝐧 𝐒𝐚𝐭𝐚𝐫.


Semasa Khalil berkhidmat di Bahagian Penyelidikan, dia sediakan proposal bagaimana Badal Haji dilakukan untuk JAINJ.


Proposal Khalil mempunyai tiga matlamat:


1. Cuba perdaya JAINJ untuk keluarkan Sijil Pengesahan bagi Badal Haji yang diuruskan oleh Al Hanin dan beberapa Syarikat yang lain

2. Menghalalkan penipuan Badal Haji Al Hanin

3. Habuan dari Zulrahim


Hakikatnya, khidmat ibadah Haji atau secara spesifik Badal Haji bukanlah kepakaran JAINJ.


Ianya diakui sendiri oleh 𝐒𝐒 𝐃𝐚𝐭𝐨' 𝐌𝐮𝐟𝐭𝐢 𝐇𝐣 𝐘𝐚𝐡𝐲𝐚 𝐁𝐢𝐧 𝐀𝐡𝐦𝐚𝐝.


Selepas Al Hanin mendapat pengiktirafan JAIJN, tiba-tiba Khalil keluarkan Toyota Harrier brand new berwarna hitam dengan nombor plate 𝐉𝐕𝐉 𝟗𝟓𝟗, tapi atas nama orang lain.


Merujuk kepada 𝐞𝐬𝐭𝐚𝐛𝐥𝐢𝐬𝐡𝐞𝐝 𝐟𝐚𝐜𝐭𝐬, kos Badal Haji kurang dari RM 5 000 semestinya satu penipuan.


Maknanya, JAIJN perlu menolak proposal tersebut awal-awal.


Sebaiknya, JAIJN menilai semula endorsement yang diberi kepada syarikat-syarikat yang menawarkan Badal Haji pada harga rendah dari RM 5000.


📍𝐒𝐈𝐀𝐏𝐀 𝐙𝐔𝐋𝐑𝐀𝐇𝐈𝐌?📍


Zulrahim ialah makhluk yang tidak punyai rekod cantik.


Siasatan kami dapati restoran Nasi Arab dibuka dari pelaburan rakan dan kenalan.


Namun duit pelaburan tidak dikembalikan.


Pada January 2023 Zulrahim masih lagi berstatus bankrupt sebab tak bayar hutang CIMB.


Hairan juga, macam mana makhluk yang bankrupt boleh menjelajah ke luar negara.


Mengikut auta Zulrahim, dia diberi kebenaran atas peruntukan sebagai travel agent.


Setahu kami, syarikat Sdn. Bhd. yang didaftarkan atas nama adik beradik tidak mempunyai lesen Travel Agency.


📍𝐊𝐄𝐒𝐈𝐌𝐏𝐔𝐋𝐀𝐍📍


Nak tuduh kami fitnah, silakan.


PW dah lali dengan tuduhan penyebar fitnah dan tohmahan.


Hakikatnya Badal Haji bawah RM 5000 satu penipuan terang-terangan bukan sahaja diakui oleh Tabung Haji, malah pelajar-pelajar Malaysia dan juga warga Malaysia yang menetap di Saudi.


Pelajar Malaysia dan warga Malaysia yang menjadi penduduk tetap di Saudi berkongsi info dengan kami.



No comments: