PEMANDU LANGGAR LARI DIREMAN.



 Polis akan memohon perintah reman terhadap pemandu kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza yang disyaki terlibat dalam insiden langgar lari hingga menyebabkan kematian seorang pejalan kaki di sini, awal pagi semalam.


Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, suspek lelaki berusia 30-an itu telah menyerah diri petang semalam dan akan dibawa ke mahkamah hari ini bagi mendapatkan perintah reman berkenaan.


Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews





No comments: