SATU JA KAT MALAYSIA NI SUKA LAKNAT ORANG - PUAK KHAWARIJ


MMS

 Di Malaysia ada satu sahaja kumpulan yang suka melaknat dan mendoakan kemusnahan sesama muslim. Sebab itu sampai sekarang Allah tak pernah bagi mereka jadi kerajaan dengan jalan yang betul kecuali berkhianat.


IRFAN Bahrin


Khawarij pernah berdoa supaya Allah melaknat Saidina Ali رضي الله عنه dan mematikan beliau dalam kekufuran, setelah mereka tidak mampu membalas hujah beliau. Mereka mengucapkan:


قاتله الله كافرا ما أفقهه!


Orang ramai bangkit untuk menyerang Khawarij yang mendoakan hal itu, tetapi Saidina Ali menghalang mereka dari mengapa-apakan mereka. Bagi beliau, itu hanya sekadar celaan. (Lihat Tarikh al-Tabari, 5/27)


Kalau doa mereka yang zalim itu ada apa-apa nilai di sisi Allah, pasti Saidina Ali orang yang paling takut akan balasan Allah سبحانه وتعالى.


Sebagai sahabat Nabi صلى الله عليه وسلم yang teramat berilmu dan faqih, beliau tahu tiada nilai pada doa yang zalim dari golongan yang zalim begitu.


Akhirnya golongan Khawarij itu yang dihancurkan beliau dalam peperangan Nahrawan ketika mereka masih dalam bidaah dan keadaan yang dikutuk Allah dan RasulNya itu. Nama golongan mereka juga Allah biarkan terhina sepanjang zaman, sebagai antara cabang bidaah dan kesesatan. 


Wallahua’lam. Sekadar membawa pengajaran. Kalau kita tidak benar-benar pasti, entah-entah kita yang tersilap, atau di pihak yang zalim... atau pihak yang kita doakan itu tidak zalim atau layak menerimanya pun... Jangan melampau dalam berdoa. Takut berbalik pada diri.



No comments: