BUKAN SERANGAN CYBER

 


Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas CrowdStrike Inc, George Kurtz mengesahkan bahawa isu teknologi maklumat (IT) global semasa yang menjejaskan banyak syarikat penerbangan, perniagaan dan organisasi bukanlah insiden keselamatan atau serangan siber.



Beliau melalui LinkedIn berkata, syarikat itu sedang giat bekerja dengan pelanggan yang terjejas oleh kecacatan yang ditemui dalam kemas kini kandungan tunggal untuk hos Windows tetapi hos Mac dan Linux tidak terjejas.


"Ini bukan insiden keselamatan atau serangan siber. Isu ini telah dikenal pasti, diasingkan dan pembetulan telah dijalankan," katanya.


Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com

#AWANInews



No comments: