KDNK MENINGKAT TAND EKONOMI SEMAKIN KUKUH.


ISLAH




 Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Malaysia menunjukkan prestasi memberangsangkan bagi Suku Tahun 2 Tahun 2024 dengan peningkatan sebanyak 5.8%, mencapai RM400.3 bilion. Berbanding Suku Tahun Pertama 2024, yang mencatatkan RM379.4 bilion, peningkatan sebanyak 4.2% ini menandakan perkembangan ekonomi yang kukuh. 


Prestasi positif ini mencerminkan kekuatan dan daya tahan ekonomi Malaysia dalam menghadapi cabaran global. Peningkatan dalam sektor-sektor utama menunjukkan keyakinan pelabur dan kecekapan pengurusan ekonomi negara. Data ini, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, adalah peningkatan tertinggi dalam tempoh enam suku tahunan sebelum ini. Ia memberi harapan baru untuk pertumbuhan yang berterusan dan kesejahteraan ekonomi bagi rakyat Malaysia pada masa akan datang.



No comments: