Yang tidak pasti ialah apa keputusan Mahkamah Persekutuan pada hari tersebut?


             UN.. JANGAN SILAP KIRA



 Kalau setiap Dun 1 buah bas, maknanya 45 buah bas....sikit tu, baru kira kira 1800 orang, bukan 180,000 orang. 


Yang pasti tauke bas dah nampak rezekinya, penumpangnya pula dah pasti ada duit poketnya selain dapat melancong ke Putrajaya.


Yang tidak pasti ialah apa keputusan Mahkamah Persekutuan pada hari tersebut


Adakah Dun Kelantan ada kompetensi @ kebolehupayaan undang undang untuk menjadikan kesalahan kesalahan yang telah diperuntukkan dalam apa apa undang undang jenayah Persekutuan sebagai satu kesalahan di bawah enakmen jenayah  syariah negeri?? 


Dengan kata lain, kesalahan kesalahan seperti liwat, bersetubuh dengan binatang, bersetubuh dengan mayat, menipu sukatan, timbangan dan ukuran serta beberapa lagi kesalahan lain yang telah termaktub dalam undang undang Persekutuan, boleh dijadikan sebagai satu kesalahan syariah dan boleh dibicarakan di Mahkamah syariah kerana kesalahan tersebut ada kaitan dengan pelanggaran hukum syarak. 


Tapi yang pastinya juga apa pun keputusan Mahkamah Persekutuan dalam isu ini, ianya akan terus dikaitkan sebagai ancaman kepada Islam demi maslahat politik, walaupun keputusan mahkamah nanti adalah satu tafsiran undang undang dan penjelasan kepada kuasa Persekutuan dan Kuasa Negeri.



No comments: