Ramai yang tak puas hati kes Najib? Walaupun sudah dijelaskan yang pengampunan itu kuasa mutlak YDP Agong, bukan kuasa Perdana Menteri m
Aku baca komen, ada yang kata gadai prinsip, ada juga yang mengaku penat berjuang. Mungkin dia pun ada usaha cari bukti sabitkan Najib dulu.
Aku tak salahkan mereka yang kecewa. Memang bila dah benci, kita nak tengok orang yang kita benci tu menderita secara maksimum. Kan?
Jadi kepada yang kecewa ni, kalau rasa dah tak boleh nak percaya lagi ahli politik, lepas ni nak buat apa? Tak nak ambil tahu pasal politik lagi?
Ok juga tu. Penyokong PH yang kecewa, abaikan saja politik. Biar saja PRU akan datang PH kalah terus. Tak apa. Sebab PN sedia ambil alih.
Kita kecewa Najib dikurangkan jumlah hukuman (tetap kena penjara sampai 2028) walaupun banyak kegiatan rasuah lain sedang diperangi.
Jadi usah percaya lagi DS Anwar. Kita boleh percaya pada Mahiaddin pula. Atau Hamzah Zainuddin. Atau Mahathir. Atau Azmin pun boleh.
Biar mereka ini pula yang tadbir negara. DS Anwar dah tak boleh dipercayai. Jadi biarlah Mahiaddin dah para pemimpin PN pula yang perangi rasuah lepas ni. Nak?
Untuk penyokong UMNO yang kecewa Najib tak diberi pengampunan penuh, tak apa. Bolehlah bawa parti tu keluar Kerajaan Perpaduan.
Lepas ni boleh sokong Mahiaddin dan Mahathir pulak. Walaupun mereka yang mula dakwa Najib dulu. Dan sekarang pun pemimpin dan penyokong mereka yang asyik mengejek PH lepas hukuman Najib dikurangkan.
Itulah bukti yang Mahiaddin atau siapa pun pemimpin PN tu akan bebaskan Najib. Cuba nasib dengan PN pula lepas ni.
Mereka sakau pun tak apa. Duit boleh cari lagi. Yang penting Najib bebas. Betul. Aku setuju. Guane boh?
Raja Gelap II
.