Puad nak ajak perang balik ke? Sebenarnya dah ramai cytro PH yang menahan diri dari serang Najib sebab menghormati keberadaan Kerajaan Perpaduan. Kalau Puad nak perang sangat, jangan sampai bunuh diri lak tak tahan kena serang nanti.
Kalau nak bengang dengan Tony Pua, silakan. Sebab Tony pun bukan sesiapa dalam PH. Malah ramai yang dah hilang kepercayaan kepada Tony selepas nampak dia tak ubah macam kuda Trojan Mahathir. Tapi nak tembak Rafizi sekali kenapa?
Puad dan beberapa pemimpin berotak mandul dalam UMNO suka kata Rafizi tak perform. Sebab mereka tak faham masalah ekonomi nak diselesaikan kena dari dasar. Kena baja dan siram air di akar, bukan tiba-tiba sembur booster di pucuk.
Mungkin Puad tak pernah dengar tentang IPR - Inisiatif Pendapatan Rakyat sebelum ini. Di mana rakyat dari kelompok B40 diberi peluang sama ada menceburi bidang pertanian komersil, atau jadi vendor makanan atau vendor pembersihan.
Cuba cerita sikit, berapa kali Najib pernah beri peluang begitu kepada rakyat? Yilek! Najib terkenal dengan GST dia selain 1MDB. GST bukan salah tapi itu tambah pendapatan negara. Pendapatan rakyat Najib ada beri apa? Apa inisiatif Najib?
Rafizi buat PADU ni pun nak betulkan kesilapan Najib yang banyak menyusahkan rakyat. Najib cipta sistem kasta separuh masak. Ikut gaji kasar, labelkan orang tu sebagai T20, M40 dan B40. Tak fikir orang bebanan yang dihadapi individu tersebut.
Sebab tu ada yang M40 sebab gaji besar tapi hidup macam orang miskin sebab tanggungan besar. Lepas tu tak dapat bantuan sebab atas kertas dia M40. Gaji besar. Itu kegagalan kerajaan waktu itu untuk faham masalah rakyat. Jadi Rafizi selesaikan isu ini dengan perkenalkan PADU. Beginilah cara yang sepatutnya.
Kalau aku nak cerita kedangkalan dan kelemahan Najib memang banyak sangat. Tapi sebab kenangkan Kerajaan Perpaduan, kita simpan semua tu. Lagipun Najib dah dalam penjara. Biarlah dia mereput di sana. Kita kisahkan negara kita je.
Tapi walajib yang sama macam walaun, ada kegagalan fungsi otak yang serius, tak boleh nak diam. Kalau ko nak sangat Najib bebas, ko pergi la operate muka bagi nampak macam Najib, lepas tu ganti tempat dia kat dalam penjara tu.
Nak bodoh pun biar berpada-pada. Soal Najib tu biar pemimpin atasan uruskan. UMNO ada Zahid sebagai TPM dan Azalina sebagai Menteri Undang-undang. Dah cukup kuat dah. DS Anwar beri jawatan penting pada pemimpin UMNO. Berikan mereka masa untuk uruskan.
Level-level machai ni tak payah nak komen banyak la. Tak payah nak gegarkan Kerajaan Perpaduan. Jangan undang kami serang UMNO balik. Kita diam bukannya sebab UMNO betul tapi atas dasar hormat. Tapi kena ingat, hormat tu mutual.
Kalau orang hormat kita, kita hormat orang tu. Tapi kalau nak kurang ajar, kita boleh double kurang ajar. No hal. Bring it on! Guane boh?
Raja Gelap II
.