RINGGIT JATUH LEBIH 10 KALI TERUK DI ZAMAN PN




Adrian Lim Chee An


Biar fakta berbicara.

Ini nilai Ringgit berbanding Dolar semasa PN naik jadi kerajaan dan semasa Perpaduan naik jadi kerajaan.


Zaman PN: RM4.21

Zaman Perpaduan: RM4.67

Sekarang: RM4.71


Sepanjang zaman PN, nilai Ringgit telah jatuh 46 sen, iaitu RM4.67 tolak RM4.21.


Semasa zaman Perpaduan, nilai Ringgit hanya jatuh 4 sen, iaitu RM4.71 - RM4.67.


PN jatuhkan 46 sen VS Perpaduan jatuhkan 4 sen


Kejatuhan nilai Ringgit berbanding Dolar adalah 11.5 kali ganda (lebih 10 kali ganda) lebih teruk di zaman PN berbanding zaman Perpaduan. Ini fakta.


Dalam erti kata lain, kejatuhan nilai Ringgit berbanding Dolar ke tahap “all time low” pada masa kini, 90% adalah disebabkan oleh pentadbiran terdahulu.


Anwar dan Perpaduan cuma masuk pada ketika Ringgit sudah jatuh ke paras begitu teruk, dan lengkapkan 10% terakhir.


Akhirnya semua kesalahan diletak di atas bahu Anwar dan Perpaduan yang menjadi kerajaan sekarang.


Tetapi realitinya apa?


Realitinya ialah 90% kejatuhan ini disebabkan ketidakstabilan politik yang bermula sejak Langkah Sheraton pada 1 Mac 2020.



No comments: