PMX BERTEMU CEO GRAB HOLDING







 Pagi tadi terima kunjungan hormat Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Grab Holdings Inc., saudara Anthony Tan seraya diapit Menteri Pelaburan, Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Aziz.


Saudara Anthony adalah usahawan kelahiran Malaysia yang berjaya mengasaskan syarikat teknologi yang disenaraikan di Bursa Saham Nasdaq, Amerika Syarikat. Grab kini mempunyai modal pasaran sebanyak USD 12.34 bilion.


Dalam pertemuan ini saya telah dibentangkan potensi pelaburan oleh Grab di Malaysia. Ini terkait dengan perniagaan seperti GRAB dan Jaya Grocer. Selain itu, pengoperasian GX Bank dijangka akan melibatkan pelaburan sebanyak RM1.5 bilion untuk tempoh 5 tahun akan datang. 


Kami juga membincangkan bagaimana Grab dapat berkembang dengan model perniagaan yang turut membantu masyarakat dan perniagaan Malaysia dalam meningkatkan peluang menjana pendapatan. Semoga kecekalan saudara Anthony menjadi pendorong kepada anak-anak Malaysia lain terutamanya yang berminat menceburi bidang keusahawan teknologi.


#MalaysiaMADANI



No comments: