OPERASI BERTERUSAN TANGKAP PATI




Kementerian Dalam Negeri mengesahkan lima negeri merekodkan jumlah pendatang asing tanpa izin tertinggi iaitu Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Johor, Sabah dan Sarawak.


Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memaklumkan, pihaknya menerusi Jabatan Imigresen telah melakukan 20,800 operasi sejak sejak awal tahun sehingga Selasa lalu, sementara lapan kawasan panas dikenalpasti di sekitar daerah Klang membabitkan Pasar Borong Klang, Pasar Besar Klang, Kawasan Perindustrian Bandar Sultan Suleiman dan Kawasan Perindustrian Pulau Indah.



No comments: