𝗠𝗔𝗪𝗟𝗔 𝗔𝗗𝗔𝗟𝗔𝗛 𝗪𝗔𝗥𝗚𝗔𝗡𝗘𝗚𝗔𝗥𝗔 𝗔𝗟𝗚𝗘𝗥𝗜𝗔 𝗠𝗘𝗡𝗨𝗥𝗨𝗧 𝗠𝗗𝗡 - 𝗔𝗞𝗧𝗜𝗩𝗜𝗧𝗜 𝗦𝗘𝗗𝗔𝗡𝗚 𝗗𝗜𝗣𝗔𝗡𝗧𝗔𝗨 𝗣𝗜𝗛𝗔𝗞 𝗕𝗘𝗥𝗞𝗨𝗔𝗦𝗔



1) Menurut MDN Mawla yg didakwa cicit Nabi adalah warganegara Algeria. Bermakna dakwaan sesetengah pihak bahawa dia dari Morocco / Maghribi tidak tepat atau mungkin Rakyat Algeria yg tinggal di Morocco? Kita tidak tahu, sehingga pihak berkuasa menyiasat dan mengesahkan kesahihan dakwaan org tentang individu ini.


2) Walau bagaimanapun, 𝗭𝗮𝘄𝗶𝘆𝗮𝗵 𝗪𝗮𝘇𝗮𝗻𝗶𝘆𝗮𝗵, 𝗯𝗮𝗱𝗮𝗻 𝗯𝗲𝗿𝘁𝗮𝗻𝗴𝗴𝘂𝗻𝗴𝗷𝗮𝘄𝗮𝗯 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗺𝗲𝗻𝗷𝗮𝗴𝗮 𝗻𝗮𝘀𝗮𝗯 𝗸𝗲𝘁𝘂𝗿𝘂𝗻𝗮𝗻 𝗡𝗮𝗯𝗶 𝗠𝘂𝗵𝗮𝗺𝗺𝗮𝗱 𝗦𝗔𝗪 𝗱𝗶 𝗠𝗮𝗴𝗵𝗿𝗶𝗯𝗶 dalam responnya tentang isu Mawla, telah menafikan dan menyatakan : “Jika dia mengaku dia Wazani, maka dia penipu”. 


3) Tanpa pembuktian yg sah, kita pun tak pasti apa sebenarnya. Namun setakat ini 𝗧𝗜𝗔𝗗𝗔 𝗸𝗲𝗽𝗮𝘀𝘁𝗶𝗮𝗻 𝗮𝘁𝗮𝘂 𝗕𝗨𝗞𝗧𝗜 𝗞𝗨𝗞𝗨𝗛 𝗯𝗲𝗹𝗶𝗮𝘂 𝗮𝗱𝗮𝗹𝗮𝗵 𝗔𝗵𝗹𝘂𝗹 𝗕𝗮𝗶𝘁 seperti yg didakwa meskipun ada dakwaan terdapat "bukti" oleh "Duam Media"?? Saya setuju Ahlul Bait perlu dihormati, namun saya cukup bimbang dgn ketaksuban melampau. Jika kita larang perkara sebegini nanti dichop "wahabbi" pulak.


4) Polis sedang memantau aktiviti individu ini tapi saya tengok ramai yg sangat taksub dgn Mawla ini? Melihat video-video beliau disambut serupa Raja, diarak, diperagakan utk tontonan, saya terfikir adakah Rasulullah SAW SETUJU keluarga baginda dilayan sedemikian? Jika benar pun individu itu Ahlul Bait, cara sesetengah orang (ramai wanita) memuja muji itu sungguh membimbangkan.


5) 𝗦𝗲𝗹𝗲𝗽𝗮𝘀 𝗸𝗲𝘄𝗮𝗳𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗥𝗮𝘀𝘂𝗹𝘂𝗹𝗹𝗮𝗵 𝗦𝗔𝗪, 𝗦𝗮𝗶𝗱𝗶𝗻𝗮 𝗔𝗯𝘂 𝗕𝗮𝗸𝗮𝗿 𝗥𝗔 𝗽𝗲𝗿𝗻𝗮𝗵 𝗺𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿𝗶𝗸𝗮𝗻 𝘂𝗰𝗮𝗽𝗮𝗻𝗻𝘆𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗺𝗮𝘀𝘆𝗵𝘂𝗿 : 


“Wahai manusia! Ketahuilah sesiapa yang menyembah Muhammad, sesungguhnya Muhammad telah mati dan sesiapa yang menyembah Allah, sesungguhnya Allah adalah Tuhan yang Maha Hidup tidak mati”. 


Lalu beliau membacakan ayat dari firman Allah Taala yang bermaksud : “Dan bukanlah Muhammad itu melainkan seorang Rasul yang telah didahului sebelumnya rasul-rasul. Maka apakah jika sekiranya dia mati atau terbunuh di medan perang nescaya kamu memalingkan tumit-tumit kamu (dari ajaran Islam). Sesiapa yang memalingkan kedua tumitnya (dari ajaran Islam) maka dia tidak memberikan apa-apa mudarat terhadap Allah dan pasti Allah akan memberikan ganjaran kepada orang-orang yang bersyukur”. 


(𝗦𝘂𝗿𝗮𝗵 𝗔𝗹-𝗜𝗺𝗿𝗮𝗻 𝗔𝘆𝗮𝘁 𝟭𝟰𝟰)


6) Manakala menurut MG Flash : Cuba Wujudkan ‘Kerajaan 9’, PDRM Pantau Lelaki Mengaku Keturunan Rasulullah (Tonton video MG). Sinar Harian melaporkan : JAIS halang anjur aktiviti melibatkan Mawla Amin.


Wallahualam.


- Zus Din 

23022024



No comments: