Pemuda Wawasan.


Seminggu dua ni, kecoh kisah pemuda al-kahfi atau ashabul kahfi.


Kisah pemuda yang mempertahankan iman mereka ini diceritakan secara ringkas dalam Surah al-kahfi. 


Al-Quran juga ada menceritakan kisah ashabul  ukhdud. Kisah ini diceritakan dalam Surah al-buruj ayat 4-7.


Ia berkenaan kisah pemuda yang dibakar hidup-hidup dalam parit.


Kedua-dua kisah ini dipercayai berlaku zaman bani Nasrani.


Ashabul kahfi berlaku di Turki zaman Rom, manakala ashabul ukhdud terjadi sekitar tahun 523 M di Najran ketika Yaman di kuasai oleh kabilah Himyar dengan raja terkahir Zur'ah Dzu Nuwaz. Najran kini dibawah Kerajaan Arab Saudi.


Tapi kali ini saya nak kita kembali menyoroti kisah pemuda Wawasan, pemuda di Malaysia yang berjuang sejak tahun 1970an.


Beliau ialah Saudara Anwar Ibrahim. 


1. Beliau menjadi pemimpin sejak di MCKK, kemudiannya di Universiti Malaya dalam Persatuan Bahasa Melayu dan Persatu Kebangsaan Pelajar Islam.


2. Beliau juga menjadi Pengasas bersama ABIM dan kemudiannya memimpin Majlis Belia Malaysia. 


3. Beliau cakna hal rakyat sejak dari sekolah. Dikisahkan sejak dari MCKK Beliau tubuh kongsi untuk bantu penduduk kampung sekitar.


4. Beliau juga turun demonstrasi apabila rakyat miskin di Baling dan Sik dikatakan kebuluran. Hasilnya beliau ditahan ISA.


5. Beliau menolak menjadi SETPOL Tun Razak kerana ingin membantu anak miskin ke Universiti dengan tubuhkan Kolej Yayasan Anda. 


6. Beliau akhirnya sedar bahawa reformasi mesti bermula dari kerajaan. Maka Beliau sertai kerajaan. 


7. Hampir semua kementerian yang pernah Beliau sertai pasti ada perubahan. Ada saja idea baru yang Beliau buat.


8. Beliau dibantu oleh pemuda-pemuda Wawasan dalam UMNO antaranya Zahid Hamidi, Zamry Abd Kadir, Saifuddin Nasution,  Rahim Gouse dll.


Ada yang masih setia disisi, ramai juga yang gugur. Itu biasa dalam perjalanan perjuangan.


9. Pemuda ini kini telah tua dan bercucu. Tapi mereka baru dapat kuasa.


Setahun telah berlalu, alhamdulillah berjalan dengan baik. Ada baki 4 tahun. Kita doakan pemuda Wawasan ini berjaya.







































 

No comments: