[panas] SURAT TUNTUTAN KE CHEGUBAD DAN TUN M SEMAKIN KETAKUTAN!



Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad telah menghantar surat tuntutan (Letter Of Demand) kepada ketua penerangan Bersatu Negeri Sembilan, Badrul Hisham Shaharin yang lebih dikenali sebagai Chegubard di atas satu fitnah yang dilemparkan terhadapnya.

Nik Nazmi dalam kenyataan berkata, peguamnya pada semalam telah menyerahkan surat tuntutan kepada Chegubard agar menarik balik tuduhan terhadapnya dengan serta merta dan memohon maaf secara terbuka. “Beratnya tuduhan palsu ini memerlukan tindakan undang-undang yang tegas untuk menjaga nama baik dan kewibawaan saya, kementerian dan Kerajaan Persekutuan. “Komitmen kami kekal dalam menegakkan kebenaran dan membetulkan tanggapan serong ekoran tuduhan tidak berasas seperti ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. Chegubard sebelum ini mendakwa terdapat elemen rasuah dalam projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) yang dikendalikan kementerian Nik Nazmi. Dakwanya, projek RTB yang dikendalikan kementerian itu mencecah RM16.6 bilion dan terdapat syarikat serta individu yang langsung tidak dikenali memperoleh komisen sebagai proksi kepada menteri.








No comments: