LEPAS KALAH DAN TAK JADI AHLI MANA MANA PARTI. DIA MEROYAN ...KESIAN MANUSIA MACAM NI.

 Naik kelakar pula bila difikirkan.



Kebelakangan ini ramai pula yang mengungkit soal Reformasi. Yang yang kata konon Reformasi sudah mati. Apa yang kelakar, mereka yang seolah cakna soal Reformasi ini asalnya bukanlah penyokong Reformasi pun. Atau kalau pernah sokong, mereka di akhirnya mengkhianati Reformasi.


Contoh macam KJ ni. Dia wujud pun dalam politik Malaysia sekitar 2004, ketika ayah mertuanya, Pak Lah menjadi PM. Ketika Reformasi mula dilaungkan sekitar 1998, di mana dia? Dan ketika dia dilahirkan ke dunia politik pun, dia terus duduk dalam buaian emas. Hidup selesa dalam UMNO.


KJ faham Reformasi? Jangan buat kelakarlah. KJ bukan sahaja tak menyokong Reformasi, malah dia juga menentang Reformasi. Hari ini tiba-tiba dia nak tunjuk macam ambil kisah tentang Reformasi. Ini yang kita panggil hipokrasi. KJ sentuh Reformasi hanya kerana hendak mengaut laba.


Pengguguran dakwaan terhadap Zahid tak jejaskan Reformasi pun. Umpamanya beli kereta terpakai, memang kita nak yang high spec. Bila dapat, habis semua benda kita nak tukar. Tapi kadang kita lupa yang bajet kita terhad. Tak semua benda kita dapat tukar dalam satu hari.


Akhirnya ada perkara kita terpaksa berkompromi. Contoh macam tayar. Pakai apa yang ada asalkan tak sampai berbahaya dan sebabkan kemalangan. Takkan disebabkan tak dapat lagi tayar seperti spec yang kita nak, kita rela simpan kereta sampai tak bergerak? Itu kan bodoh namanya.


Sesungguhnya aku percaya pembebasan Zahid tak ada kena mengena dengan DS Anwar. Aku percaya DS Anwar tak seperti PM-PM sebelum ini yang suka campuri urusan mahkamah. Tapi kalau betul pun ada campur tangan, aku sedia berkompromi. Demi  untuk pertahankan kerajaan ini.


Impian Reformasi ini besar. Terlalu besar. Terlalu banyak yang mesti direformasikan. Kalau kerana hendak pertahankan prinsip yang satu ini maka kita kehilangan sebuah kerajaan, maka api Reformasi itu akan terpadam selamanya. Begitu barulah boleh dikatakan Reformasi telah mati.


Tapi jika kerajaan ini dipertahankan, walaupun ada sedikit calar pada jasad Reformasi itu, tapi ia akan kekal hidup. Lalu agenda Reformasi yang banyak dan lebih utama dapat dijelmakan menjadi nyata.


Di masa ini, pada ketika Yakjuj dan Makjuj sedang mengintai ruang untuk masuk menimbulkan huru hara, apa yang paling penting adalah menjaga agar tembok tak runtuh. Selagi tembok itu berdiri, selagi itu manusia akan selamat. Walaupun terpaksa kita robohkan satu rumah demi perkukuhkan tembok tersebut. Guane boh?


 

Raja Gelap 


.


2 comments:

Anonymous said...

Bila kita dah keluar don’t look back will you?

Anonymous said...

Tahniah kj. Anda digugurkan oleh kaki rembat. Sekutu kaki lewat.