RULE BY FEAR

 RULE BY FEAR


Negara ini, majoriti pengundi terbahagi kepada dua:


1. Pengundi yang takut DAP berkuasa;

2. Pengundi yang takut PAS berkuasa. 


Ditunjangkan dengan politik kaum dan agama. Bertembungan idealism “Far left” dan “Far Right”. 


Ironinya, dua parti ini ialah 2 parti terbesar dalam Parlimen. PAS punyai 49 kerusi dan DAP punya 40 kerusi. 


Setengah Pengundi Atas Pagar bukan suka pun PAS atau DAP, tapi tetap undi lawan mereka. Itulah pushing factor kepada undian mereka. 


Mereka undi dengan harapan untuk tolak sama ada DAP atau PAS berkuasa. 


Tambah parti2 centrist pun carca merba. PKR, PPBM dan UMNO. Tidak sekuat mana. Mereka tumpang parti Far Left dan Far Right yang ada. 


Ada juga Pengundi BUKAN TAKSUBER yang pilih the lesser evil. Mereka tahu semua parti dan pemimpin lebih kurang sama. 


Hipokrasi, pembohongan, putar belit jadi mainan. Tambah dalam era fluid politik, kawan dan lawan boleh bertukar2 ikut nafsu politik mereka, kita pun hilang percaya. Mana satu yang betul sebenarnya. 


Pengguguran kes TPM semalam, marked a new era. 


Era di mana, ramai pengundi walaupun menyampah dengan Kerajaan sedia ada. Tapi tak boleh buat apa. Mereka takutkan lawannya memerintah semula.  


Makanya, jadilah Kerajaan ini “Rule by Fear”. Bukan takut kepada diktator. Tapi takut “orang yang kita tak berkenan” memerintah negara. 


Taktik yang sama digunakan selama ini. Momokan yang dibuat kepada DAP, sekarang momokan dipindahkan kepada PAS pula. 


Satu saja, kita kena percaya. Kerajaan yang “rule by fear” takkan kekal lama. Kerana sokongan itu artificial. 


Suatu hari, lawannya akan sedar dan mereka akan mula berubah pendirian. Tengokkan DAP sekarang, sudah mula menggorak langkah centrist. Yang far left dah jadi Gerakan. 


Kerajaan perlu sedar dan tahu. You shouldn’t rely on fear to rule. Hakikatnya, kalau anda tidak perform, rakyat akan merubah haluan. Besar kemungkinan akan pilih pula lawan. Jangan ingat GAP tak boleh ubah fikiran. 


Jangan ikut perangai Kerajaan lama yang kuat buat fear monger, guna sentimen kaum dan agama. Kurangkan bercakap, dan mulakan kerja. Dah takde masa. 


Tolong juga rule by love and performance. Itu resipi untuk kekal lama. 


Salam hormat,

Liyana Marzuki